Wednesday, August 24, 2011

Buffet Ramadhan....Fuyooo




Buffet…mmg tersangatlah sinonimnya ngan bulan posa. Kat mana-mana pun aka nada buffet buka posa ni. Bagi yang suka makan macam aku ni…bulan ni macam “heaven”..(agaknya tu lah sebabnya berat badan aku tak turun turun…waaa). Buat tahun ni first week of buka posa kita pegi Shangrila…klu tak silap harganya dalam 125++ seorang. Makanannya tak yah citerlah mmg lah best nama lagi hotel 5 bintang kan..tapi yang penting bagi aku bila ke hotel tiga bintang ni mesti ada salmon…huhu…my favorite tu. Range makanan dari kambing..(tergolek seekor..besar giler) macam nak sama besar ngan aku lak hehe..makanan ala ala middle east, pas tu makanan melayu, macam smbal udang dan macam macam, makanan jepun dari sushi, salmon, udang dan oyster..hingga lah ke Dim sum. Tu belum masuk dia punya desert lagi…maccoron, kuih kuih melayu, pudding, buah bersalut coklat dan macam macam sampaikan goring cempedak pun ada..kenyang …alhamdullilah.

Sari ratu grand, berhadapan ngan HSBC jalan sultan ismail 59nett untuk sorang. Problem ngan sari ratu ni (setelah dua tahun berturut aku datang untuk buffet ramadhan), klu makanan tu dah abis diaorang replace ngan makanan lain…mmm..klu kawan ko dapat ketam..klu korang terlambah sikit korang dapatlah kaki ketam atau kuah ketam jer…hehe. Makanannya nasi padang (tapi rasanya dah banyak yang dah kemelayuan), ikan sweet and sour, ketam masak lemak (ni aku tak sempat makan pun), udang sambal, ulam, klu tak silap ayam gulai pun ada, belut goreng crispy (my fav ni)..ayam pop, pucuk kayu, sambal ijau dan bermacam sambal lagi. Desert aiskrim…Lepas makan mmg tersadai jap..hehe. Syukur ngan nikmat tuhan.

Rasa Utara cafĂ©, actually kedai baru buka kat times square ground floor, bila petang aku balik naik monorel aku boleh nampak buffet yang diorang set up kat luar. Place dia so cramp, tempat yang sempit bagi orang yang berbadan cute macam aku ni…hehe. RM49++ (ni klu tak silap hargamya) Makanan yang paling aku suka, sate, martabak dan bubur keledek. Tomyam seafood dia pun best, nasi briyani dengan ayam gulainya sedap. Kambing…mmmm aku tak boleh telan. Mungkin juga sebab aku tak pernah makan so ingat nak cuba lah, tapi macam ada bau lah pulak. Bila sebut utara makanan yang terbayang tentulah laksa kan…tapi boleh aku kata kan laksanya…mmm…aku tak rekomen..mmg tak kena ngan tekak aku…Staff kat situ very friendly dan baik hati…








Hehehe…minggu terakhir pada bulan ramadhan ni sempat lagi aku menjengah hotel Royale Chulan, Wow...tis boleh lah di katakan heaven untuk makanan kampung...terlalu banyak makanan sampaikan tak tahu apa nak makan. Cuma yang aku rasa yang buat macam tak kenanya ialah they DONT have salmon huhu..the have butter fish, tuna but dont have salmon...first time aku pgi hotel yang gah macam ni tak de salmon..ramai yang tercengang kat japenese buffet bila diaorang kata diorang tak de salmon...huhu. Uolls layan jer gambar2 kat sana ni....selamat berpuasa dan berhari raya..maaf zahir batin ye...












Tuesday, August 16, 2011

Aduhai Raya...





Semuanya pasal raya...sekali raya macam setahun saving atau setengah tahun saving abis...sepatutnya bulan ni bulan jimat cermat tapi jadi sebaliknya. Masa posa lagi dah budget lari, mana taknya makanan dan kuih kuih sedap sedap harga pulak bukan nya murah...zaman kuih 10 atau 20 sen semua dah berlalu...uhuk uhuk. Klu sehari belanja RM10 untuk makan , dah RM310 sebulan tapi klu anak ada lebih...lebihlah belanjanya..ye tak. Aku lebih suka masak...tapi sapa kata masak lagi jimat...mungkin sikit kot. Barang basah semuanya naik harga, harga ikan kembung sekilo RM9 ,(dalam 5 ke 6 ekor) ayam sekor 19 inggit, udang sekilo 15 inggit, sotong, sayur, bawang, minyak masak...macam2 lagilah. sekali pegi pasar 150 dah abis, tu untuk makan seminggu untuk 3 orang..dalam bulan posa. Sehari beli kuih paling sikit 5 inggit. Tang mana nak jimat tolong habak mai.....klu tetiba rasa hari tu malas nak msak dan beli nasi bungkus jer, sebungkus nasi lebih kurang RM6, tu nasi campur biasa lah, klu nasi yang luar biasa macam briyani tu lagi lah mahal...Tu belum bab nak merasa makan kat luar....huhu tak merasa lak rasanya. klu kat hotel mmg harganya 90++ untuk sorang, kat restoran yng tak berapa nak terkenal lak lebih kurang dalam 50++ keatas.





ni baru bab makan buka posa, lum lagi bab persiapan raya, baju melayu atau kurung mmg dah pasti, bg aku cukuplah sehelai sorang, bukannya pakai selalu pun klu gi keje lebih suka pakai seluar, lebih selesa..klu beli kain nak buat baju kurung, kain yang biasa2 harganya dalam 50 ke 60 inggit,...klu kain yang luar biasa macam kat gulatis tu mahulah beratus, tu baru sehelai...upah jahitlah adalah dalam 40 keatas..tu kira baju kurung yang basic jer..klu yang bersulam ke atau bermanik ke lagi lah mahu cecah beratus..klu nak jimat beli jer yang dah siap pastu balik jahit manik  sendiri..hehe tu lah yang selalu aku buat pun. Tu belum masuk baju tshirt lah, seluar jeans lah, kasut atau sandal ke...Kekadang baju budak budak lagimahal dari baju mak bapak.


 Bab nak balik raya pun satu hal, klu balik ngan keta nak gak kira duit minyak, duit toll, duit emergency, klu balik ngan flight...huhu...harganya tok sah lak kira...tak de murahnya klu musim musim raya ni...berganda2 adalah lagi. Yang paling murah naik bas tu pun klu anak ada dekat sedosen tak de lah murah sangat.
Sampai kat kampung lain lah cerita, takan lah balik tangan kosong,..setin dua biskut mesti kena angkut sama atau balik kat sana mestilh nak kena beli itu ini...
Yang paling best lak tentulah duit raya....huhu...klu datang darikeluarga yang besar macam aku mmg parah, paling sikit pun RM2. ni bukan zaman dulu boleh nak bagi lima puluh sen...mak ayah pun nak gak bagi kan..apaapa pun jangan sampai lepas raya makan "dedak" jer...kiralah sendiri dah berapa banyak expenses tu...sekali aku ingat bila raya jer aku nak gi holiday...spent money for vacation...tapi kan mahu aku kena "pancung" klu aku buat gitu...tambah lagi aku mesti nangis sorang sorang nanti sebab aku sure rindu ngan umah yang gegak gempita malam raya, sibuk mengawal anak buah main bunga api, isi balang ngan biskut, kemas umah (ni bab aku paling malas), angkat meja reramai, riuh tu sebenarnya yang memeriahkan ari raya...huhu...tak sabar sungguh menunggu raya. Tak kira lah berapa banyak pun duit yang kuar...aku tetap nak balik kampung. SELAMAT ARI RAYA SEMUA DAN MAAF ZAHIR BATIN....




Wednesday, August 3, 2011

Alahai KTM....



Nama jer Express, Tapi kat mana express nyer tak pulak aku tahu…Boleh dikatakan aku pelanggan tetap KTM setiap tahun…Express Wau ke Kota Bharu, lagi lagi time raya..klu naik dari sini (kl Sentral) klu tak silap dalam klu 8.30 malam akan sampai ke sana lebih kurang dalam kul 10.30 pagi…kadang kadang ada gak sampai 11.30.. klu dah lebih dari 13 jam perjalanan tu, tu boleh dikira express ke?... Perkhidmatan yang tak pernah berubah..tak de ura ura pun untuk beli koc yang lebih pantas atau apa saja…Tak de budget ke diaorang ni…tak de untung?...or what?...ni boleh dikatakan “benda” yang paling lama…atau kerajaan terlepas pandang..or ni transport untuk orang orang miskin dan pertengahan sebab tu lah tak de usaha di lakukan untuk meningkatkan lagi prestasi train tu…huhuhu. Nasib baik aku tak jadi menteri klu tak mmg bergegar dewan tu di buat aku...ceh angan angan tu..
Tapi apa yang aku nak citer kat sini bukan sebab tu,…tapi sebab tiket raya…tiket raya beb, takde tiket tak balik raya lah aku…hoho. Ada kepala yang nak kena pancung klu tak balik…haha. Last year aku orang kedua yang berurusan kat kaunter (hari tu ari pertama kaunter di buka untuk tiket raya) KL Sentral…beli tiga tiket untuk tempat tido atau 2nd class..mula mula abik tempat tido atas pas tu aku nak yang bawah…budak yang kat kaunter tu boleh cakap tiket dah abis..tinggal yang aku ambik jer. Sedang kan aku orang kedua dan aku kat diaorng punya center, KL Sentral. Macam mana ngan orang yang kat belakang aku…orang ketiga dan seterusnya. Aku sempat Tanya yang macam mana boleh jadi macam ni, dan katanya ada orang yang dah blok semuanya..tapi tak tahu dari stesen mana dan siapa…hahahaha..KTM..KTM..nasib baik lah aku bukan orang ketiga…klu tak mahu runtuh kl Sentral tu di buat aku..mmg tak masuk akal…tak masuk akal..(atau keje orang dalam kot?). Kesian lah kat makcik dan pakcik yang telah menunggu dari awal pagi lagi..ni bukan nya bas tapi train yang panjang macam ular tu tak kan lah aku orang kedua, ko kata dah abis..budak pun dah serba salah sebab aku banyak tanya..walaupun aku dapat tiket aku tapi kesian kat orang yang tak dapat..adil ke macam ni. Klu tak nak jual  letak jer papan tanda "untuk anak beranak saya jer" atau tukar jer nama KTM tu pada "sepupu sepapat"...ok gak nama tu kan..


Tahun ni lak, aku awal awal lagi tepon call centre dia tanya bila tiket raya buka..budak yang jawab tu..mmm macam bangsat jer, buat darah aku mendidih nasiblah blum puasa lagi klu tak puasa sia sia jer aku ari tu...dia kata tiket blum jual lagi start jual pada 29 hb ni so aku pun tanya lah dia kul brapa kaunter buka, dia kata 8.30, aku jawab dengan lajunya..." kul 6.30 akak dah kat sana ambik no giliran" korang tau apa yang dia jawab...aku rasa macam sial jer.."klu akak dapat no satu pun kita tak gerenti tiket tu ada" huhuhu...sebab tu lah aku suruh KTM tu tukar nama. Korang pikir pikir lah sendiri...macam sial kan....