Thursday, December 11, 2014

Overland...chiang rai, tachelik, mynmar dan chiang mai part 2

Hari ketujuh.

Mmg tak tunggu lama kami start untuk explore chiangrai.. mmg dalam perancangan pun untuk singgah kat sini dua malam. Masa sampai malam tadi kami mintak untuk diturunkan di area nite market. Dari pintu masuk nite market mmg boleh nampak sorang pompuan pakai tudung jual rotee pancake. Tersengih lebar semua org, kemaruk  nak makan sangat. Kat sini gak kita boleh nampak ramai orang malaysia...

Macam kami yang backpacking dengan budget yang sangat ciput ni, pilihan kami tetap 7elevan. Diorang ada jual vagetarian rice, seafood, roti...boleh panaskan dan sedia tuk dimakan. Tapi yang penting bagi aku harganya yang murah.  Dalam 45baht to 55baht jer. Duit pun dah tinggal ciput ni.

Untuk barang souvenier lak,  klu nak beli mmg murah...seluar semua murah dari luang prabang.
Ambil satu package untuk ke Mah fah garden, mae sa dan tribal village.
Tempat tempat ni mmg kena pegi. Disebabkan masa cuma satu hari kami cuma bayat ticket untuk botanic garden jer. Masa mmg x ckp.. bunganya x der lah cantik  sangat...jangan ingat macam bunga tulip korea tu yer...tapi arrangement dan udaranya segar. Di tribal village pulak more to komersial sekarang ni..ada macam2 kaum kat dalam. Tapi yang tetap jadi perhatian tentu lah puak karen. Gelang di leher tu yang mahal.... :)
Maesa...barang mmg murah sangat..jujur ckp kami mmg tak cukup masa disini sampai kena marah dengan driver lah..haha. Semua gara2 cross border ke tachilek myanmar. Crazy dump head....hahaha.
Maesa barangnya mmg murah. Batu permata ruby hanya berharga sekitar 350 baht jer...lebih kurang rm35... perghhhh. Cuci mata jer dengan hati yang membengkak... dekat dengan imigreen border ni juga ada seorang kakak yang menjual burger ramly....katanya semua barang dia ambik dari malaysia....datang dengan kontena...salute.
Tachilek, mynmar..thailand dengan mynmar hanya di pisahkan dengan satu jambatan pendek...sungai yang sempit...mengingatkan aku pada pengkalan gajah kelantan...haha.
Proses untuk ke myanmar mmg ckp senang..cuma cakap balik hari, visa berharga 500 baht..x sampai 15 minit tahu tahu dah sampai mynmar. Tapi selepas masuk ke sana, bila balik ke thailand kamu hanya ada 15hari saja untuk keluar dari thailand.
Selepas jambatan ada tangga jalan menuju ke pasar...kat sini ada semuanya...yang penting kena pandai tawar menawar kaw kaw... aku borong bedak yang dipakai oleh orang sini...tanaka, mengcuba cofeea mynmar, cuba makanan yang digoreng, cuba banyak benda.... hehe x dapat tahan nafsu shopping... tangkap beg yang harganya....susah nak percaya. Ni mmg balik kena makan maggi sebulan dan terlebih shopping.

Hari kelapan

Pagi pagi lagi kami dah bersiap untuk ke chiangmai dengan bas. Tiket dah beli dari semalam lagi. Area night market tu dekat belakangnya mmg ada bas station.
Perjalanan lebuh kurang 3jam setengah. Diorg bagi air dan biskut...tapi bas ni gak ada berhenti kat dua stesen yang berlainan sebelum sampai chiangmai.
Macam ilang arah jap bila sampai tak tahu nak menuju ke arah mana....mula mula ingatkan chiangmai city tu dekat dari stesen bas tapi hakikatnya..perghhh boleh kuar lah urat kaki...so naik tuk tuk lah apa lagi.
Mintak di turunkan di area night market. Lagi jadi kelam kabut bila di bagi tahu night market tu banyak kat chiangmai. Tak der booking kat mana2 so mmg berjalan mencari bilik. Nak dapat yang murah mmg sukar di hot spot area macam tu. Lepas 40 minit mundar mandir akhirnya dapat bilik di area belakang le meridien....belakang yer. Huk huk.
350baht tuk satu bilik...bolehlah..walaupun seram sikit sebab semua kolor itam..lampu pulak malap semacam...goshhh..rumah papan bunyinya kriut kriut...
Bestnya depan tu pub so bunyi musik yang kuat...meneutralkan perasaaan. Hahah. Ownernya mmg baik hati dan ramah...
Kononnya nak dok satu malam dan malam lain nak pegi ke tempat yang dibooking tapi lepas difikir2...dok situ jerlah..semua dekat.

Malam kami keluar berjalan ke nite market. Klu dari depan le meridien ke sebelah kiri dalam 10 minit, kat seberang jalan akan nampak hilal street...halal street. Kat situ ada 3 kedai makanan halal..harga dan rasa lebih kurang saja...ramai orang jual pancake, ada kebab halal kat simpang masuk...ada seafood, sticky rice, somtam dan macam2 kat nite market. Harga barang lebih mahal dari chiangrai.

Hari kesembilan
Berjalan terus ke lorong sebelah le meridien sampai jumpa satu jalan besar..kekanan dan terus sampai nampak sunday market...ni untuk hari ahad saja yer...
Barang kat sini lagi mahal dari barang di nite market. Dari sini klu melintas jalan dan jalan terus akan jumpa pasar diorang...klu nak datang dari le meridien tu ke kanan jalan terus sampai jumpa round about kecik...

Banyak benda sebenarnya boleh dibuat di chiangmai. Boleh ke tiger kingdom, zipline, 3d art muzuim, jungle tracking, elephant ride....but kami memilih santai..hangout jer...sebelum sambung perjalanan lagi

Hari kesembilan.

Tiba masa untuk berpisah. Kami bertiga akan bertolak ke lopburi drngan keretapapi, manakala seorang dari kami akan balik ke malaysia. Tiket train ni mmg kena beli kat kaunter. Train kul 5.30petang dan dijangka sampai ke lopburi kul 6.00 pagi.
Harga untuk tempat tido terlalu mahal..dalam 700++ baht so pilih jer tempat duduk kelas 2 dengan kipas...merempat sungguh ni...haha. sebelum naik train kami dah siap2 bungkus cheese nan untuk alas perut... ada satu kedai makan halal kat luar stesen..
Masuk kat koc train...not bad... senyum sendiri..baru terasa betapa majunya ktm kita...
Seatnya mcm seat bas yang x tahannya bau dari toilet yang ya ampun.
Masa nak turun asyik tanya org jer sb tak tahu...nasib baik tak terlepas.

Hari kesepuluh..

Sampai lop buri pepagi buta, sorang makcik datang tegur kita untuk ke sunflower farm. Selepas nego dapatlah dalam 230 baht sorang. X tahulah nak cakap macam mana tapi ladang matahatinya tepi tepi jalan jer..nak kira worth or not...rasa0nya klu dalam 150 sorang ok kot.
Sampai balik ke stesen train dalam kul 8.30 pagi dan dapat tiket ke bangkok dalam kul 9.20 pagi. Sampai bangkok lak kul 12 tghari.
Dilanda kelaparan sangat.. kat stesen hua lampong ni ada foodcourt dan ada sebuah kedai halal. Tapi cuba jangan ambik apa2 yang berkuah...pedas mintak nyawa. Last last beli nasi putih kosong. Klu tgk kat website tiket trainnya tak der lah mahal sangat tapi ya rabiii tiket sleeper ke hadyai 780++ baht. Di sebabkan tak cukup duit terpaksa lah ambik  yang mcm semalam. Kerusi tegak dengan kipas zaman japan....waaaa.

Bertolak dalam kul 3.10petang dan dijangka sampai hatyai dalam kul 7 pagi...perghhh. berhari hari naik train tuk sampai tanah malaya...lepas ni janqan ada sapa2 sebut pasal train lagi selama dua tahun....ada yang nak kena makan penampar kan.

Hari ke sebelas

Sampai jer kat stesen keretaapi hadyai badan dah gatal2. So cari shower room lah apa lagi. Hehe.
"Ulat ticket bersepah" sambil kata tiket dah abis dan suruh beli tix dari diorg....pegi tanya kaunter mmg betul dah abis..ikut kan jugak ulat tu. Yang best tu dia bawa kita betul betul kat depan railway station tu ada travel agency nak beli tix pas...nak di charge sampai rm250. Aduhai dik akak bukan kali pertama datang hatyai ni wei. Nak kelentong pun agak2lah... kami decide tak nak ambik biarpun di maki hamun hahah...lantak ko lah labu. Kita jalan sampai kat area supermarket sana. Banyak kedai muslim masuk salah satu travel agency sana dan beli tix rm45 jer.. haha. Lepas beli tix tumpangkan beg dan pegi makan.
Lepas makan cepat cepat ke bas yang tggu kat depan tu... sepatutnya sampai awal tapi tak tahu lah apa masallahnya, lepas pada border jer...bus stop satu tempat lama sangat. X kisahlah lah masa tu hati dah lompat lompat sebab balik malaysia... akhirnya.

Damage costing...
Chiangrai driver and car- 700baht
Enterence fee ke tribal village-300baht
Enterence fee ke mah fah garden-90baht
Visa ke mynmar-500baht
Bas dari chiangrai ke chiangmai -350baht
Tuk tuk ke train-150baht

Ticket train chiangmai-lopburi -386 baht
Lopburi - bangkok -28baht
Bangkok - hadyai - 535baht
Lopburi ke sunflower farm - 230baht
Bas dari hadyai- kl - 450 baht

No comments:

Post a Comment