Thursday, November 15, 2012

hot roll ampang...setiawalk

Hari minggu hari libur...hehe. Setelah selesai seisi mengamuk tuk di bawa berjalan...my b bawak i ronda ronda dekat Ampang. Shopping complex lah mana lagi...pompuan lah katakan. First kita pegi kat satu shopping complex yang aku sendiri tak ingat apa namanya...pas tu kita orang pegi kat Setiawalk...jalan2 cari makan. Macam kata my b...aku klu tak dapat makan...memang mengamuk macam singa...iye ker...hehe.
 Myb asyik citer pasal benda ni...dia suruh aku try gak...so kita pun bergerak lah ke kaunter hot roll ni. Q nya mmg panjang aku beli crispy banana choclate ngan paratha choc. Paratha kecik sikit...crispy lak besar.
aku rasa crispy lagi sedappp.....selamat mencuba




Saturday, November 3, 2012

kampung thai Ampang...





Klu tak salah tempat ni letaknya kat berhadapan dengan Ampang Puteri Hospital. Kitaorang sebenarnya randomly jer pilih tempat ni untuk celebrate birthday..kat sebelah ada yong tau fu dan ayam penyet tapi yang ni "kampung thai" yang memikat hati sebab nampak so cozy sangat dari yang lain..
Tu lah kata orang jangan terpedaya dengan rupa..rupa lawa tak semestinya hati baik...hahaha. Masuk ke dalam tempat boleh lah dikatakan senderhana..ada lampu yang warna warni macam aladin stail...thai music..setting table tak terlalu cantik..sederhana jer. Selepas duduk kami dihidangankan dengan kerepok yang kecik bersama dengan cili sos thai, sambal belancan dan halia...sambal belacannya mmg sedap..layanan nampak macam okay gak. Sentapan pertama bermula bila tengok menu...mak oii mengalahkan hotel lima bintang, pricey giler...patutlah tak de orang masuk. Masing masing menyedapkan hati, klu harga mahal dan makanan sedap tentu berbaloi kan...




Kami mula memilih makanan. Tomyam campur dengan ayam pandan dan nasi putih. Tomyam nampaknya dalam portion yang besar.....color look nice but taste...mmmm yucks. Please lah...terasa sangat lengkuas yang entah berapa kilo. Udang pun tak fresh tak tahu yang berapa lama punya, cuma kuah ada lah rasa masamnya...Ayam pandan...without taste. tak de rasa masin ke masam ker atau apa2...its really without taste..aku masak lagi bestlah weiii...










Sambil makan kami gelak dan memaksa diri untuk telan..dan akhirnya kami menyerah....hahaha. Tanya punya tanya kononnya tukang masaknya orang myrmar...la ye ker orang myrmar masak tomyam, patutlah rasanya macam tu...and aku sempat berfikir berapa lama lagi diaorang boleh bertahan....