Saturday, March 19, 2011

Journey to India....part 1


Kenapa India...??? itu soalan pertama yang aku dapat bila aku kata aku akan ke india for olidey. Oppsss kenapa bukan...jawab aku. Tapi ada jugak yang berkata ngan sinis "that not my holiday country" yang peliknya bukan je india tapi lain tempat pun dia tak pegi...huhu. Tu lah pemikiran org2 yang kt sekeliling aku..sapa mau jawab beb..sendiri mau ingat lah.......Obses aku banyak...klu nak kira mmg lah tak terkira, klu nak hitung pun rasanya macam payah...hehe. Pompuanlah katakan...shopping, reading, movie but salah satu darinya travelling. third world country..that my frenz perpeksilah, but klu Hanoi yang seclass ngan India telah aku jelajah, why not india tis time...
Impian aku dari dulu lagi mmg nak tengok Taj Mahal tu..kata lah apa pun..aku mmg nak tengok Taj Mahal..lambang cinta ...macam tercapai lah impian kali ni..Plan awal mmg Delhi, Agra dan Jaipur. Lebih banyak information yang dapat kat internet lebih payah rasanya..terlalu banyak yang negetif dari yang positif..aku lebih suka free and easy, jalan sendiri, aku nak gak tengok golden temple kat amritsar(klu x salah nama tempat tu) dan tak terikat ngan masa tapi klu ikut travel agency rasanya itu semua tak mungkin, masa pun tak mencukupi sebenarnya ...dan perjalanan lak dari satu tempat ke tempat yang lain mmg ambik masa yang lama...huhu.



berkenan tapi tak mampu..LV tu

Try to get so many quotation (from india dan here) but tak semua travel agency ada ground arragement utk india. The quotations yang aku dapat dari sana pun..quite interesting but the problem is how i want to know samaada company to valid or not...huhu. Pusing kepla..:p Search so many blog (malaysian blog) tapi satu pun aku tak jumpa pasal travelling ke India. Sedih gak...dari 2 org now kita kini berempat tapi semuanya pompuan, Nak decide tempat yang  kita nak pegi punyalah susah semua orang ada interest masing masing..pening kepala. After so many quotation, discussion, searching in the net...and we decided to choice one of the travel agency here for our tour.(coz they give us the best rate) And after so many phone call and email with her, we decided to go to Delhi, Agra, Jaipur ( w/pun we miss the elephant festival) and Kashmir...Teruja giler aku.
Tapi keterujan aku tak lama, satu demi satu masalah datang..puhhh. OMG aku macam hampir putus asa lah jugak, first sekali  kawan aku (yang ikut sekali) mother in law sakit for 2 weeks in hospital. Hati aku dah berbelah bagi nak pegi ke tak, yelah ni kira kita orang punya dream. Masa lepas beli tiket AA ari tu almost everyday we search in the net to see sari yang cantik cantik, kat mana nak shopping,(well that what girls do) apa nak tengok dan macam2 lagi. Tu belum masuk our communication with hotel and driver kat sana...walaupun selepas itu kita pilih travel agency... :) Sampai satu saat aku mmg rasa that it, lain year je lah pegi, apa boleh buat bukannya kita rancang pun. Last 2 weeks++ before kita pegi mother in law dia pass away,...and my sister(yang sepatutnya babysit) my children masuk hospital. Thats goes the dream...my god. Walaupun anak aku dah boleh dikatakan anak teruna tapi i still need somebody to see and take care of them..bukan sebab aku tak cayakan diaorang(tapi mmg x caya..:O) tapi tahulah kan budak2 skrg...My children sibuk suruh i "mama pegi jelah jangan risaukan kitaorg" tapi aku tetap tak sedap hati. Setiap kali aku travel aku mmg akan suruh my sis jaga diorg.
Kashmir punya weather masa ni still sejuk so mula lah sibuk cari baju tebal and kita gak akan pegi satu tempat yang dipanggil "gulmarg" katanya kat sini mmg ada snow..huhu. Aku dah siap beli "long john" lagi maklumlah aku ni mmg tak tahan sejuk punya orang...takut nanti aku deman je. Ubat2 semua dah sedia. Sekarang ni lagi seminggu sebelum fly..aku ambik "suntikan flu", pil cap helang dan caol untuk sakit perut. Should aku bawa corela tablet jugak ke? Losyen tangan, moisturiser muka, Detol, wet tissue...dan aku kena beli cermin mata baru ni haha ( walaupun kat umah dah ada dua yang belum pakai...mak oii.




Dua hari sebelum pergi, dah start packing haha...ni boleh di katakan ari ni dalam sejarah...biasanya malam last baru aku packing...masuk je winter cloting dua helai luggage aku dah penuh sangat tak boleh nak masuk apa pun pun...huhu. So decided nak bawak lagi satu back pack..argggghhh....tension.


Here i am...Dah kat airport...dah check in..doakan semoga perjalanan ini tiada lagi halangan nya..yappp..i will enjoy myself..so be with me thru my journey ya.....





Friday, March 11, 2011

Jom kahwin....



Klu bercakap pasal impian perkahwinan ni, aku mmg teruja sebab bagi aku apa saja yang bersangkutan ngan nikah dan kahwin ni amat indah dan cantik cantik.Semua orang ada impian kan....impian majlis perkahwinan. Ada yang nak pakai gaun sampai meleret-leret. Fesyennya kadang kala tak dapat diterima akal, ada yang bertingkat tingkat macam kuih lapis, ada yang gaunnya, yaa allah macam nak buat show, tapi ada juga yang so sweet. Ada yang nak kek sampai bertingkat tingkat, berbagai bentuk dan pilihan...ada yang nak semuanya extra ordinary.

cantik kan, sayang nak makan..

Tempat pulak mesti lah yang gah dan high class, tepi pantai ke, tepi kolam ke,...ehhh kolam ke bukan tasik ke..hehe, apa apa jelah yang penting mesti lain dari yang lain.Lampu yang menghiasi pulak klu bole nak meleret sampai ke lantai barulah nampak glamour tu belum termasuk lagi lilin lilin2 wangi atau pelita cantik yang disusun di meja atau kiri kanan laluan.



Bunga2 segar yang menyeri dan sekarang pulak trend bunga yang besar besar...sesangat besarnya... Yang ada lebih ringgit lak mesti lah nak buat kat oversea...bali ke, Langkawi ke, mauritius ke, yang panoramanya memukau jiwa dan raga. Itu belum masuk bad mak andam or sekarang ni tak syoklah digelar mak andam ...make up artis lagi glamour... :) Macam mana nak make up, macam mana nak buat rambut, yang ni kena pilih betul betul lebih duit sikit pun ok at lease kat gambar nampak cantik...sekali seumur idup lah katakan..(betulke sekali, rasa macam tak relevan je...haha).jangan gambar kuar macam tepung gomak dah lah...nyesal tak sudah.



Kau udangan pun dah bermacam sekarang ni, ada yang boleh letak ngan gambar pengantin sekali huhu...

Buah tangan pulak berbagai, pilih saja dan dan sediakan duit. klu budget lebih kristal je pilihannya, klu kurang "sweet yang di balut" atau bunga telur je pun cukup. Boleh gak gi shopping kat thailand (yang aku nampak harganya lagi rendah dari sini), Jakarta pun okay mmg giler lah dibuatnya....Cicin mesti lah yang batu nya (batu ke diamond, tu sendiri tau lah ye) sebesar penumbuk....




Belum masuk bab makanan dan decorasi meja pengantin, deko bilik tidur, deko pelamin...pening pening..Tapi apa susah wedding planner kan ada...sediakan duit je.

Lain padang lain belalang, lain orang lain pulak ragamnya...bagi aku lagi suka yang private, biar yang hadir cuma teman terdekat dan keluarga terdekat je...bak kata orang more privacy and private. Tak yah semua yang remeh temeh tu..lupakan je. Baju putih kurung moden senada kasut dan rumah di hiasi ngan bunga segar, khemah kecik didepan untuk ahli keluarga...Barang hantaran dan duit hantaran tu mestikan...hehehe. Dan duit yang lebih tu boleh buat honeymoon. Tapi rasanya klu tunggu aku kahwin sampai ke tua...klu nak makan nasi beriani (kenduri kahwin mesti nasi briani or nasi minyak ke, tak leh ke makan spagetti ke, chicken chop ke, pasta ke tu barunya namanya lain dari yang lain) tu cakap je..kdi mamak berlambak...huhu



Apa pun jangan membasir je...jangan sampai berhutang sampai anak dua pun belum habis bayar..klu macam tu macam mana nak bahagia...renung renung dan fikir fikirkan lah...


catik kan...fairy tale wedding


Thursday, March 10, 2011

Monsters in the house...

Korang jangan lak tak caya....betul aku tak tipu lah. Nanti aku upload kan gambar2 yang patut korang tengok. Barang letrik yang rosak jangan kira lah, rice cooker yang kemek dan dah jadi giler, ngan iron aku pun tak tahu dah berapa kali tukar..naik pokai gak aku. Otak pun dah kira macam biul memikirkan duit yang akan kuar untuk ganti baru..tu pun belum tentu boleh sampai setengah tahun pakai...



ni lah rupa "tefal" aku...

Tu belum masuk pintu bilik yang pecah dan berlubang, tingkap kaca yang berderai, lampu yang rosak...huhu. Sekadar menyebut beberapa barang yang boleh aku tahu dan nampak...yang tak nampak pun ada..sedar2 ilang je..Tambah tambah lagi klu barang kaca tak yah cerita lah. Plate kat dapur tu...huhu dari 2 set satu pun tak de, last last aku beli plate plastic kat Tesco je...tu pun pecah gak..mak oii.

katanya....pintu ni kena karate ngan adik...huhu

Dah tak tahu nak cakap dah...dah berbuih mulut ni...dan jadi macam orang sewel membebel sorang sorang...Apa nak buat ni lah dia monsters kesayangan....klu kita cakap lebih lebih dia akan jawab "apa nak buat dah barang tu nak rosak nak buat macam mana" kita jugak yang garu kepala tak gatal.... :O

monster pompuan-adik



monster lelaki aka along.

Wednesday, March 9, 2011

What does my life revolve around? Work, work and more work! How do you spell peaceful weekend when shopping malls are packed like mad? I need a getawa

nak travel free...giler travel....check out tis link

Roti tissue...idaman ku

Kat mana lagi klu tak kat kdi mamak...rasanya sedap (hingga menjilat jari). Biasalah selepas memerah otak kat  opis satu hari, dan bila sampai kat penghujung hari mmg terasa sangat laparnya. Kebiasaanya mmg kita kan lepak lepak sambil minum teh tarik.Mungkin gak sebab tension oleh itu asyik nak makan....salah kan tension lak kan yang sebenarnya mmg kuat makan pun. waaaaa...

ni lah dia pemikat hati yang baru..love it

Aku tak pernah order roti tissue ni dan tak tahu pun apa rasanya, makanan yang biasa aku order, roti telur, mee goreng or nasi ngan tomyam campur..tapi ari ni sambil makan makanan aku aku cubit gak makanan org lain hehe...maka terjatuhlah cinta sudah...Tapi bagi yang diet tak yah lah cuba cuba makan roti ni..penuh ngan gula dan butter tu...dua tahun diet selepas makan.. :P
Dah balik umah pun aku masih teringat lagi kat roti ni, dengan azam yang kuat nanti next time aku akan order...buat masa sekarang ni terpaksalah menahan air liur yang tengah meleleh ni...hehehe