Friday, October 26, 2012

Teaser...where...when..????

Going to travel again....wallawei...rasa bersemangat saja bila sebut pasal travel kan. Semangat jitu...terasa membara...haha. Mmg dah lama sangat mengidam nak pegi tempat ni terasa bagai tercapai segala cita2 walaupun tak sepenuhnya...can wait to see the sun...and the beach....


Monday, October 22, 2012

Sydney...Sept 2012


26 Sept 2012-Day 6




Early morning…rushing to airport, disebabkan tengok time salah we olls nyaris terlepas flight ke Sydney …amazing race lah pagi2 buta tu. Diingatkan pada sesapa yang naik flight jet star..biasanya dekat confirmation booking tu dia dah tulis berlepas kat international terminal so pandai2 lah turun yek. Tak kisah lah driver bus tu nak cakap apa…kita orang agak bernasib baik sebab pepagi buta tu ada lak pilot yang hamsen escort kita sampai ke our checkin kaunter. Siap carikan kita checkin for jetstar...turun naik lif lagi. Kita org yang panik ni diam dan ikut jer.
Sampai Sydney we take train from airport (airport trf), take Mymulti 1..Aud 61.60. Mahal macam nak pitam tapi berbaloi lah gak sebab nya tiket ni u boleh guna untuk monorel, train, bus and ferries selama 7 hari.  Berapa kali nak naik pun tak kisah…naik lah sampai lebam…hehe.

Get down to central. Kuar kuar jer nampak satu kedai kebab yang halal...ayam goreng pun ada...apa lagi beli dan bedal jer lah...sejuk dan lapar. Kita orang dok kat Malaysian Hall so kuar jer dari central tu lintas jalan..u olls akan Nampak bus yang berderet kat tepi taman tu..naik bus no 373,372,374 ke Alison road or Radwich junc. Klu tak tahu Tanya jer…Nampak jer Caltex sebelah kiri kat sebelah tu ada Malaysian hall. Senang tapi klu dah Nampak Shell tu maksudnya dah terlepas lah. Malaysian hall ni bolehlah dikatakan bangunan lama. Biliknya luas...bilik kita orang ujung sekali, tingkat 1...so bila nak ke bawah kena melalui bilik bilik lain....macam dalam scary movie pun ada...u olls akan dengar bunyi pintu bilik yang terbuka tutup sendiri..tapi rasanya tu angin jer...aku nikan penakut sikit.
Tengahari kita ambik bas ke central take train ke paddy market, train dia kat tingkat atas Central. Berhenti betul betul depan Paddy market, apa lagi shopping lah. Lepas tu naik train lagi ke Convention Station, pegi  Darling Habour, ambik gambar..kat sini terletaknya Hard Rock. Dari station tu jalan tak sampai 10 minit dah sampai. Balik lepak2 sambil borak borak kat Msian Hall.
Paddy market

siot punya murah

pisang pisang mai beli pisang








27 Sept 2012.-Day 7

Bangun dah lambat..8.30 siap turun bfast kat bawah. Order nasi goreng ngan air kopi berserta ngan roti bakar..ni set..Aud6. Malaysian portion ye. :O. Off to kononnya nak pegi fish market tapi salah naik bus turunlah dekat last stop circular quay..pegi jer Sydney bridge and opera house. Ambik gambar jer tak de apa nak buat  pun kat sana. Then take ferries ke garden island and Wilson bay.Layan jer lah gambar ni…


aiskrim lagi...sedap mkan dalam cuaca sejuk tu...





ferry yg kitaorang naik

wilson bay





ramai giler org beratur utk makan seafood kat sini...tgk jer harga aku pitam hehe



aku rasa korang ni mesti kulit biawak kan..sejuk nak mampos boleh gi mandi pantai

nice.....lets get old together honey... :)






nampak tak sydney bridge tu dari jauh


Malam pulak baru perasaan yang tiket balik kita dari Mel to Kul pukul 12.45 pagi 29 haribulan, kelam kabut gila dibuatnya sebab tiket yang aku ambik untuk connecting flight 29 hb kul 3.30 petang. Dus…maksudnya Mel to Kul tu 28 haribulan malam kita org dah kena ada kat airport…sibuk nak kena book flight lain untuk esok hari…adik adik kat msian hall pun sibuk checking sini sana untuk tengok manalah tau kita orang boleh balik Mel malam tu gak bus penuh train pulak bukan option takut nanti tak sampai ke Melbourne.Flight pun  banyak yang sold out sebab masa ni kat sana cuti sekolah dan kononnya ada perlawanan bola antara sydney and mel kat melbourne sekarang. Berpeluh ketiak...klu ikut kan hati aku nak jer aku extend 2,3 hari kat sana..tapi kawan aku ni dah tak sabar nak balik sesangat. home sick. Try to charge my debit card for tis transaction...masallah lagi..dus..sebenarnya PERINGATAN untuk orang yang pakai debit card ni..klu dah daftar untuk pegi overseas..dah tak boleh guna untuk transaction kat Malaysia...aku tak tahu tu. Last2 nasib baiklah ada kawan tolong dapat tukar date tiket tapi kena bayar lagi dalam Aud500 untuk dua orang…pitam lagi…hahaha. Tak de pilihan lagi terima jer lah. Yang bestn ya flight ke Mel tullamarin lak tak de yang ada Cuma ke avalion…grab jer apa yang ada. Dengan pertolongan adik2 dari Malaysian Hall tu dapat tahu yang bus start dari kul 4.59 dan airport transfer dari kul 3 dah ada. Malam kul 2 baru tido…tu pun tido2 ayam jer..


28 Sept 2012-Day 8

Kul 4 kita orang dah tercegat kat bawah…dah selesai check out semua, maka bergerak ke perhentian bus, sampai central take train ke airport…tengok lah airport trf ( train) dua tingkat tu...turun avalion. Avalion airport ni kecik jer.



tapi untuk kepusat Bandar dia orang ada trf gak AUD20 mahal sikit klu nak di bandingan dengan TUllamarin sebab dia jauh sikit. Dihantar ke southern cross road…sampai sini aku sempat keluar ke jalan depan tu..aku lupa lak jalan apa…klu kuar dan jalan ke sebelah kiri terus jer u olls akan jumpa Coles. Barang2 kat sini murah giler. Aku beli coklat dan cookies mud chocolate Aud3.50 ada dalam 5 keping kat dalam. Giant size mmg sedap giler…menyesal tak beli banyak. Kat seberang jalan dekat dengan bangunan Mail Exchange ada kotak untuk pos surat or poskad. Stem  pulak bolehlah beli dekat  kedai buku dalam stesen Southern Cross Road tu. Klu jalan ke kiri lagi kamu akan Nampak satu kdi kebab..satu kebab without air Aud 8. Tapi besarnya sampai tapau makan dua kali. Kuar beli air coffee panas dekat seven eleven Aud1. Masa ni aku sorang jer jejalan...kawan aku dah kapuk..macam nak deman katanya...klu ikut hati aku mahunya aku ke DFO sekali lagi...mengenangkan kawan aku yang dah macam tak boleh berjalan tu cian pulak nak tinggalkan dia sorang sorang...Backpackers not for eveyone...:)

Last kami ambik keputusan untuk ke airport terus masa ni baru kul 11 pagi...Sampai kat sana kami cari sudut yang tak banyak orang lalu lalang...dia tido aku merayau lah apa lagi....Airport ni tak de lah besar sangat biasa jer...NO INTERNET LINE kat sini so tak yah nak berangan lebih lebih...tapi dia orang ada sediakan pc for internet. AUD2 for 15 minit...klu tak silap. Aku pun online gak...gian sangat. Jalan2 lagi dari domestik ke international airport sebab actually airport domestic dan int ni bawah satu bumbung....kat sini juga u olls akan jumpa satu kedai halal...ada jual tomyam tu. Aku ngan kawan aku ada gak try tomyam tu...bolehlah jangan lah nak expect macam kat Malaysia lak....kita pusing satu tempat tu lebih dari 3 kali haha...



ni kdi tu...

Aku rimas sebab dari pagi tak mandi so puaslah gak menaya samaada diorg ada tempat mandi ke tak...yang peliknya bila tanya kat customer care airport tu diorg kata tak de....tapi bila tanya kat kdi tu dia siap tunjukkan aku washroom yang ada tempat mandi...tersorok sikit washroom ni...dah mandi baru lah lega sangat...baru lah rasa bersemangat sangat. Lepas check in and boarding naik jer flight aku terus terbongkan hahaha...letih yang mengila....
Overall of trip macam2 mana pun aku suka Melbourne...klu boleh nak datang lagi sini....


Perbelanjaan aku semasa kat sana:-

Flight
KL-MEL-KL                       rm 1476.00
Mel-syd-mel                  rm  589.68 (masa aku booking flight ni AA belum buat route to sydney lagi)

Accomodation
Mel(green house backparkers) Aud32 x 5 nights=Aud160@3.24=Rm518.40
Msian hall sydney AUD12x2 nights  =Aud24 
service charge    Aud 15.00

Transportation

Skybus (return) melbourne       Aud 28.00
Sydney Multi 1 Aud 61.60

Tours

Phillip Island, Great ocean road  Aud160.00
Puffing Billy AUD 41.00
Tesselaar Tulip Farm AUD 18.00


so total nya lebih kurang Aud 347.60@3.26=RM1133.18+RM1476+RM589.68=RM3198.86 tak termasuk makan,shopping dan charge AUD 500 untuk connecting flight yang salah. berbaloi kan.... :) teringin sangat nak pegi lgi..

Friday, October 12, 2012

Melbourne.....downunder Sept 2012








Melbourne...oo melbourne.... sepatutnya aku pegi Europe tetapi disebabkan oleh kewangan yang tak berapa mengizinkan terpaksalah dibatal kan lagi pun aku ada lagi plan fr next year. family dah bising2...klu asyik berjalan, travel sana sini...bila nak kumpul duit? :( . So aku decide pegi melbourne jer lah..and backpackers to save money..save money...ahak ahak.
Starting aku check blogspot travellers lain. mmm so many and so helpfull. Perasaan teruja tu mmg tersangat sangat...excited giler ni. my frenz ada cakap, tak yah pegi lah so u bleh simpan duit lagi untuk Europe trip....huhu. aku tak tahan masallahnya...kaki ku gatal nak berjalan. tangan pulak gatal nak kuar duit...hahaha..One thing that buat aku terkedu bila ke blogspot travellers lain ialah list to travel diaorang...wow...dalam satu tahun banyak tempat tul diaorang travel..pas tu lama2 lak tu..huhu.paling bnyak pun aku travel setahun 3kali jer...klu lebih rasanya makan dedak jer lah leps tu.
opps berbalik pada melbourne....aku sebenarnya teringin nak buat Melbourne,  Sydney dan Gold coast...tapi bila di kira balik...ooooo tiga tempat dah mcam ku pegi Europe pulak...so aku decide to do only Melbourne and sydney..Phillip island, Great ocean mmg memikat hati...banyak blogspot yang aku dah pegi tapi kebanyakan backpackers yang pegi sana cuma cover city jer not included dua tempat ni...and than aku realise one thing....yap no direct transport to go there. nampaknya kena lah ambik day trip ni....huhu duit lagi...
Hahaha...aku dah book tiket akhirnya, Pegi balik dalam 1400 ingatkan 750.00 jer bila tengok betul2 1400 lah  Tapi ada lagi bendanya....conneting flight to cover sydney as well...giler kan aku. Tapi apa boleh aku buat aku mmg di lahirkan begini..."born tis way baby"....take it or leave it... :P Pegi 9 hari tu mula mula mmg terasa lama tapi dah lama dah makin padat intenary aku. Padat sepadatnya, macam nak extend lah pulak...ada yang nak kena bunuh ker? kekeker...mula2 aku mmg merancang nak ke Tasmania island, banyak benda gak nak tgk kat sana lagipun masa pegi tu spring time so bolehlah kiranya melihat keindahan alam, dah surfing dah mana nak dok kat sini, apa nak tgk, apa main attraction dia..tapi kawan aku lagi interested ngan sydney..dan akhirnya moh lah kita ke sydney..hehe. My plan to travel ni sebenarnya really budget plan sb beli ticket pun berdikit dikit.. bulan 4 baru nak beli connecting flight, bulan 5 accomodation, pastu bolehlah arrangekan day tour and visa sekali. Ciankan org yang tak de duit macam ni lah klu nak travel..tu pun sempat gak org nak mengata mcm2. lagi satu klu nak travel mcm ni redah jer lah apa2 pun, semua buat sendirikan. check sana sini untuk connecting boleh tahan mahalnya..tiket aku KL-MEL-KL...masa ni airasia tak buat lagi tiket dari sydney tapi sekrang ni dah ada waaaaaa...rugi satu hala tiket connecting flight. Yang paling murah cuma jetstar...aku book jer lah. Mel-Syd-Mel 589.68..boleh lah..


20-21/9/2012-Day 1

Tibalah hari yang dinantikan. Flight aku malam tapi pagi pagi lagi aku dah sibuk biasalah kan semua keje nak buat last minit bak kata orang nak kahwin pun masa tu nak beranak pun ari yang sama uwaaaa..Ding dong ding dong perjalanan ke sydney ambik masa selama lebih kurang 8 jam dengan perbezaan masa lagi. Ausiie cepat dua jam dari kita..paginya kami sampai lebih kurang pukul 8 pagi, semua bercerita tentang kerenah kastam yang cerewet...semua benda mesti declare. Dari atas flight lagi dah isi declaration form. Aku mmg tak bawa apa2 makanan tapi aku ada bawa panadol and pil teck aun untuk sakit perut..walaupun terbaca di internet yang ini tak payah declare tetapi aku tetap declare sb tak sedap hati, kawan aku pula bawa ubat batuk, antibiotik dan macam2 lagi..kami disuruh ke lorong yang lain..dan beg dihidu oleh anjing but thats all....diaorang ni bukanlah setakat hamsen tapi cukup berbudi bahasa...Terus ke Sky bus di luar airport (airportnya kecik jer) kaunternya colour merah, beli tiket Aud 28 return. Dan sky bus tersebut hantar kan ke Southern Cross ( ni stesen bas yang besar)...kat situ kita pegi ke kaunter and just mentioned that u need to go to greenhouse backpackers.(place that  i stay for 5 nights). service ni free...From airport ke Southern cross mengambil masa lebih kurang 20-25 minit, sama juga dari southern cross ke Greenhouse. Driver bas tu cukup baik hati, bila turun kan kami siap bagi kami direction lagi.....Jalan tak sampai 10 minit dan kami jumpa green house tu. Very convenience place...


ni lah kaunter sky bus tu



green house kat belakang balai polis tu...signboard kecik kolor ijau tu

Sampai dalam kul 10..dapat masuk letak beg...dan kuar cari makanan.


comm area yang luas...tempat aku melepak malam malam..







yang ada beg tu lah kerusi bfast kita tiap pagi...rasa macam chairwomen lak...hehe






bilik basuh baju






dapur...boleh masak

 Kawan aku lapar sangat dan kat setelah tempat ni ada kdi kebab halal. Aud10 beriayani with drink...walawei portionnya besar gileer...boleh share dua orang tapi apa boleh buat kami dah order 2 set. orang kdi tu terkejut gak sebab pagi2 buta kita orang order beriyani...2 sets pulak tu... :) lepas makan dah jadi macam lembu kekenyangan, lepas tu kami gerak ke Queen Victoria market..naik free tram, ni kena jalan sikit ke lah cari stesen tram..tapi sini tak susah sebab ramai marshall utk tourist..tanya jer diaorang dan diaorang akan tolong...senang nak kenal diaorang ni...biasanya dia orang dok kat simpang jalan dan pakai uniform merah...


halal kebab kat sebelah hostel


Dah naik tram ni...aku tak tahu mana nak turun lak haha...sesat tapi apa susah dok jer sampai aku dengar dia kata turun Queen victoria market..dan baru aku tahu yang mmg sepatutnya turun di Elizabeth street..melintas kekiri dan jalan terus selepas mcdonald sikit u akan jumpa entracenya...kat sini kena hati2 sebabnya entrancenya terselit sikit. Tak ada apa yang nak dibanggakan sangat cuma pasarnya lebih bersih jer dan harga buah buahan serta sayur2rannya cukup murah, Aku cuma borong souvenier jer...banyak gak lah kopak...balik singgah kat 7 eleven beli roti and cheese  tuk pagi esok, balik hostel mandi walaupun aku dah macam nak beku...pas berkenalan dengan teman sebilik (aku duduk dorm 5 person per dorm)-female dorm, aku kuar jejalan lagi. Ambik gambar lah apa lagi...melbourne meseum. royal exhibition  building. Masa ni lah aku jumpa Big W..entrancenya near MNG store...barang2nya mmg murah aku beli chocolate and big fat giant muffin...mungkin sebab petang so dia jual dengan AUD1 jer..sapa kata susah nak dapat makan kat Melborne ni. kat sini gak ada malaysian cuisine -pappa rich..tapi yang tak tahannya menengok kan que nya yang panjang giler. kat seberang jalan ada nelayan restoran-indonesia cuisine and crepe yang sedap...tak perlah sok kita try...aku dah tak tahan sejuk nak balik dan tido. Tapi bila balik sibuk lak melepak kat bawah community area...hehe.



Victoria Market





Lagi satu bandar Melbourne cukup cantik...bersih jer...layan jer lah gambar2 ni....




















22/9/2012-Day 2

kul 7 bangun, siap semua turun bfast kat bawah...simple jer roti ngan cheese. pas tu terus gerak ke Flinder station untuk beli tiket ke Belgrave. Beli MEt card return about Aud11.90. zon1 & 2. Sepatutnya klu nak pegi ke Telessar Tulip Farm tu boleh naik train ke lilydale. kat sana dah ada services bus..but kita orang pilih ke Belgrave sebab kat Belgrave gak ada Puffing billy.



flinder street station




Sampai Belgrave kita tunggu bus ke silvan tu...lama gak lah naik bus 663 dan mintak driver tu drop kan kami kat depan tulip farm harga tiket Aud 3.00 return-kad tu ada expired time. kami sampai betul betul kat depan tulip farm tu..nasib baik tiket untuk tulip farm tu dah beli online. que panjang giler...masuk dalam jalan jalan ...best gak sebab diaorang ada holand festival kat dalam..cuaca tak sejuk sangat masa tu, tak yah pakai jaket pun okay.Makan aiskrim...best walaupun boleh lah dikatakan mahal AUD5.00 tapi apa boleh buat klu asyik convert mmg kelaparan lah. lepas ambik gambar dan posing sana sini..tunggu bus untuk balik ke belgrave.












ni tulip real ni....cantik kan






holland festival








 Klu u olls pegi next time tolong check waktu bus sb kami menunggu agak lama gara2 tak check timetable...sampai sempat lepak kat tepi longkang hehe.. 2.05 bus sampai sedagkan met card kami expired kul 2.00 tapi nasib baik lah abang botak hamsen tu bagi gak kami naik free tak yah bayar lagi...oppps sebelum lupa kat sini semua pakwe mmg hamsen tak de satu pun yang tak hamsen...sumpah. Mak oii...ya tuhan kuatkan lah iman aku dan yang pasti semua orang kat sini sangat berbudi bahasa..

Puffing billy ni bersebelahan dengan Belgrave station..last train diaorang kul 2.30. kita orang nasib baik bila sampai diaorang still bagi lagi kita orang naik. pilih tiket ke Emerald/likeside AUD41.00 yap mahal sikit tapi berbaloi lah best gak...tapi klu ikut hati  sampai kat messie creek pun dah kira ok...harga pun murah sikit sebab lakeside  atau emerald lake tu tak lah cantik...mmg tak de apa2 pun. The ride tu mmg menyeronokkan..ni mmg kena cuba, kita orang siap bertenggek kat tepi tingkap lagi...haha, jadi budak2 balik.




asap tu yang mahal



semua dok bertenggek kat tingkat...kaki keluar...baru trill

After mandi perut pun mula lah lapar, heading ke Nelayan restaurant untuk makan. Ni indonesian food. masa tengah nak ke sini kita nampak lagi satu restaurant malaysia klu tak silap Malacca street namanya. Makanan kat nelayan restaurant ni tak de lah sedap sangat...bolehlah. klu tak lapar lah pulak.





23/9/2012-Day 3

Bangun lambat sikit ari ni, letih sangat bfast ngan roti dan cheese yang kitaorang beli..bila bangun lambat bfast yang diorg bagi pun dah abis..pas tu ke FED SQUARE...cari bus yang kita ambik day tour tu...puas lah jugak pusing sampai kena gi tanya melbourne visitors centre...heheh. Rupanya tempat tu kat hujung jalan, ada kaunter travel agency kat situ. Kami ambik package dengan Green housebackparker "friendly tours" GOR+philips island and free river cruise Aud 160.00 mmg murah sangat sebab klu check kat internet pun u will never get tis rate.

Fed Square

Hari ni kami berdua dibawa berjumpa ngan mr kangroo..first time ever...ni experience once in life time..tapi nyaris gak lah jadi sejarah. Kawan aku yang terlebih berani ni nak peluk kangroo nasib baik tak kena cakar... wombat, wallabies and koala..dan akhir sekali the final even of the day tentu lah peguin kat phillip island. Mmg best dan tak dapat dilupakan. Peguin nya kecik kecik dan terkedek2 tapi next time klu korang pegi tak yah lah duduk kat depan tepi pantai sb sebenarnya bukannya dia orang parade dari kiri sampai kekanan tapi boleh tunggu kat lorong diaorng masuk lagi senang nak tengok.


entertaiment  free




wombat ni nampak jer ganas tapi manja



















koala

Balik sejuk dan lapar...nak masak maggi kat kitchen tapi kena halau sebab kitchen tutup kul 9.00. last2 makan beriani satu set bagi dua orang hehehe...mahal pun mahal lah nak buat macam mana dah lapar punya pasal...balik fb lah apa lagi




24/09/2012-Day 4

Hari ni pagi2 buta dah bangun, mandi, bfast dan ke Fed Square lagi...ke Great Ocean Road (GOR). Aku sebenarnya dari hari tu lagi ralat nak buat trip ke GOR ni sebab aku ni bukan minat sejarah pun hehe...mmg tak minat dan aku mabuk bas, tak leh nak jalan jauh. 2 jam pertama oklah tengok scenery kiri kanan best..pas tu dia orang berhenti kat torquay untuk toilet dan minum tea ( ni included kat dalam package) sama macam pegi philip island pun. Lepas minum jalan jalan tangkap gambar sekejap...masa nak menghala ke bas masa ni lah ternampak Thomas Sabo promo diskaun sampai 70% nak menangis pun ada sebab tak sempat nak pegi...waaaaa. Banyak tempat yang kami singgah di GOR "twelve appolos" london bridge" tapi sepanjang perjalanan tu aku bantai tido jer sb dah pening...sampai melbourne  hari dah malam sangat.


Appolo Bay











london bridge is falling down...falling down



25/09/2012-Day 5

Kita kuar lambat sikit hari ni...terlebih tido dengan cuaca yang sejuk, menghala ke victoria botanical park...ambik gambar..ramai org yang picnic, mat salleh ni siap picnic yang anak2 dia kat tempat panas lagi..hahaha. hari ni tak lah sejuk sangat. lepas bergambar semua kita menghala ke river cruise..dekat southgate.
sejuk sejuk  pun korang boleh bogel..adusss




 Southgate ni actually shopping complex, boleh lah disamakan dengan Pavillion kot. kat tepi yarra river. Kat bawah southgate ni ada food court kat sini lah aku jumpa little india (muslim food)..kita orang berjalan untuk naik cruise tapi rupanya dia suruh kita datang balik dalam kul 4.







 We decided to pegi ker DFO outlet dulu. Take the tourist train, berhenti kat balai police victoria...aku tak berapa ingat apa nama stesen nyer..after tanya orang kat mana DFO ni, kena jalan sikit dalam 15minit..dah sampai. WOW...barang kat sana semua murah, adidas, nike, levis, cotton on.....naik giler lah wei. Sumpah murah ni tempat mmg u olls kena pegi...kena pegi ingat tu. The best thing nya kitaorg rushing back to take a cruise kat yarra river tu tapi terlepas sebab salah turun stesen then we decided to go again ke DFO...hahaha....Diaorang ni tutup kul 6..so lepas abis kita org cepat2 kuar sebab klu tak salah tram for tourist pun abis kul 6, tram ni free...
Sampai balik kat flinder street...aku decided nak makan kat little india tapi kawan aku nak ke Big W, so kita berpecah kat situ...Minum teh tarik, malam2 kat tepi yarra river sambil menikmati keindahan alam...cuaca yang sejuk...best. Selepas ambik gambar semua aku berjalan balik ke hostel..aku cukup puas hati dengan gambar yarra river yang aku ambik...hehe cantik.balik kemas barang sebab esok nak check out untuk flight ke Sydney....korang kena book one day earlier untuk sky bus ambik korang. cakap kat kat reception guest house tu....senang kan.
Yarra River


cukup puas hati dengan gambar yang i ambik...hehe

26/9/2012-Day 6

Marathon di pagi hari... realised that actually kitaorang terlambat untuk take flight ke sydney mak oiii...at lease mesti ada about 2 hours earlier kat airport tak termasuk perjalanan dengan skybus sebabnya...kerenah kastamnya dan gate yang agak jauh dari tempat boarding....nyaris terlepas tapi syukur segalanya ok..


.stay tune untuk kekalutan yang akan berlaku di Sydney..nantilah aku update lagi.