Monday, October 22, 2012

Sydney...Sept 2012


26 Sept 2012-Day 6




Early morning…rushing to airport, disebabkan tengok time salah we olls nyaris terlepas flight ke Sydney …amazing race lah pagi2 buta tu. Diingatkan pada sesapa yang naik flight jet star..biasanya dekat confirmation booking tu dia dah tulis berlepas kat international terminal so pandai2 lah turun yek. Tak kisah lah driver bus tu nak cakap apa…kita orang agak bernasib baik sebab pepagi buta tu ada lak pilot yang hamsen escort kita sampai ke our checkin kaunter. Siap carikan kita checkin for jetstar...turun naik lif lagi. Kita org yang panik ni diam dan ikut jer.
Sampai Sydney we take train from airport (airport trf), take Mymulti 1..Aud 61.60. Mahal macam nak pitam tapi berbaloi lah gak sebab nya tiket ni u boleh guna untuk monorel, train, bus and ferries selama 7 hari.  Berapa kali nak naik pun tak kisah…naik lah sampai lebam…hehe.

Get down to central. Kuar kuar jer nampak satu kedai kebab yang halal...ayam goreng pun ada...apa lagi beli dan bedal jer lah...sejuk dan lapar. Kita orang dok kat Malaysian Hall so kuar jer dari central tu lintas jalan..u olls akan Nampak bus yang berderet kat tepi taman tu..naik bus no 373,372,374 ke Alison road or Radwich junc. Klu tak tahu Tanya jer…Nampak jer Caltex sebelah kiri kat sebelah tu ada Malaysian hall. Senang tapi klu dah Nampak Shell tu maksudnya dah terlepas lah. Malaysian hall ni bolehlah dikatakan bangunan lama. Biliknya luas...bilik kita orang ujung sekali, tingkat 1...so bila nak ke bawah kena melalui bilik bilik lain....macam dalam scary movie pun ada...u olls akan dengar bunyi pintu bilik yang terbuka tutup sendiri..tapi rasanya tu angin jer...aku nikan penakut sikit.
Tengahari kita ambik bas ke central take train ke paddy market, train dia kat tingkat atas Central. Berhenti betul betul depan Paddy market, apa lagi shopping lah. Lepas tu naik train lagi ke Convention Station, pegi  Darling Habour, ambik gambar..kat sini terletaknya Hard Rock. Dari station tu jalan tak sampai 10 minit dah sampai. Balik lepak2 sambil borak borak kat Msian Hall.
Paddy market

siot punya murah

pisang pisang mai beli pisang








27 Sept 2012.-Day 7

Bangun dah lambat..8.30 siap turun bfast kat bawah. Order nasi goreng ngan air kopi berserta ngan roti bakar..ni set..Aud6. Malaysian portion ye. :O. Off to kononnya nak pegi fish market tapi salah naik bus turunlah dekat last stop circular quay..pegi jer Sydney bridge and opera house. Ambik gambar jer tak de apa nak buat  pun kat sana. Then take ferries ke garden island and Wilson bay.Layan jer lah gambar ni…


aiskrim lagi...sedap mkan dalam cuaca sejuk tu...





ferry yg kitaorang naik

wilson bay





ramai giler org beratur utk makan seafood kat sini...tgk jer harga aku pitam hehe



aku rasa korang ni mesti kulit biawak kan..sejuk nak mampos boleh gi mandi pantai

nice.....lets get old together honey... :)






nampak tak sydney bridge tu dari jauh


Malam pulak baru perasaan yang tiket balik kita dari Mel to Kul pukul 12.45 pagi 29 haribulan, kelam kabut gila dibuatnya sebab tiket yang aku ambik untuk connecting flight 29 hb kul 3.30 petang. Dus…maksudnya Mel to Kul tu 28 haribulan malam kita org dah kena ada kat airport…sibuk nak kena book flight lain untuk esok hari…adik adik kat msian hall pun sibuk checking sini sana untuk tengok manalah tau kita orang boleh balik Mel malam tu gak bus penuh train pulak bukan option takut nanti tak sampai ke Melbourne.Flight pun  banyak yang sold out sebab masa ni kat sana cuti sekolah dan kononnya ada perlawanan bola antara sydney and mel kat melbourne sekarang. Berpeluh ketiak...klu ikut kan hati aku nak jer aku extend 2,3 hari kat sana..tapi kawan aku ni dah tak sabar nak balik sesangat. home sick. Try to charge my debit card for tis transaction...masallah lagi..dus..sebenarnya PERINGATAN untuk orang yang pakai debit card ni..klu dah daftar untuk pegi overseas..dah tak boleh guna untuk transaction kat Malaysia...aku tak tahu tu. Last2 nasib baiklah ada kawan tolong dapat tukar date tiket tapi kena bayar lagi dalam Aud500 untuk dua orang…pitam lagi…hahaha. Tak de pilihan lagi terima jer lah. Yang bestn ya flight ke Mel tullamarin lak tak de yang ada Cuma ke avalion…grab jer apa yang ada. Dengan pertolongan adik2 dari Malaysian Hall tu dapat tahu yang bus start dari kul 4.59 dan airport transfer dari kul 3 dah ada. Malam kul 2 baru tido…tu pun tido2 ayam jer..


28 Sept 2012-Day 8

Kul 4 kita orang dah tercegat kat bawah…dah selesai check out semua, maka bergerak ke perhentian bus, sampai central take train ke airport…tengok lah airport trf ( train) dua tingkat tu...turun avalion. Avalion airport ni kecik jer.



tapi untuk kepusat Bandar dia orang ada trf gak AUD20 mahal sikit klu nak di bandingan dengan TUllamarin sebab dia jauh sikit. Dihantar ke southern cross road…sampai sini aku sempat keluar ke jalan depan tu..aku lupa lak jalan apa…klu kuar dan jalan ke sebelah kiri terus jer u olls akan jumpa Coles. Barang2 kat sini murah giler. Aku beli coklat dan cookies mud chocolate Aud3.50 ada dalam 5 keping kat dalam. Giant size mmg sedap giler…menyesal tak beli banyak. Kat seberang jalan dekat dengan bangunan Mail Exchange ada kotak untuk pos surat or poskad. Stem  pulak bolehlah beli dekat  kedai buku dalam stesen Southern Cross Road tu. Klu jalan ke kiri lagi kamu akan Nampak satu kdi kebab..satu kebab without air Aud 8. Tapi besarnya sampai tapau makan dua kali. Kuar beli air coffee panas dekat seven eleven Aud1. Masa ni aku sorang jer jejalan...kawan aku dah kapuk..macam nak deman katanya...klu ikut hati aku mahunya aku ke DFO sekali lagi...mengenangkan kawan aku yang dah macam tak boleh berjalan tu cian pulak nak tinggalkan dia sorang sorang...Backpackers not for eveyone...:)

Last kami ambik keputusan untuk ke airport terus masa ni baru kul 11 pagi...Sampai kat sana kami cari sudut yang tak banyak orang lalu lalang...dia tido aku merayau lah apa lagi....Airport ni tak de lah besar sangat biasa jer...NO INTERNET LINE kat sini so tak yah nak berangan lebih lebih...tapi dia orang ada sediakan pc for internet. AUD2 for 15 minit...klu tak silap. Aku pun online gak...gian sangat. Jalan2 lagi dari domestik ke international airport sebab actually airport domestic dan int ni bawah satu bumbung....kat sini juga u olls akan jumpa satu kedai halal...ada jual tomyam tu. Aku ngan kawan aku ada gak try tomyam tu...bolehlah jangan lah nak expect macam kat Malaysia lak....kita pusing satu tempat tu lebih dari 3 kali haha...



ni kdi tu...

Aku rimas sebab dari pagi tak mandi so puaslah gak menaya samaada diorg ada tempat mandi ke tak...yang peliknya bila tanya kat customer care airport tu diorg kata tak de....tapi bila tanya kat kdi tu dia siap tunjukkan aku washroom yang ada tempat mandi...tersorok sikit washroom ni...dah mandi baru lah lega sangat...baru lah rasa bersemangat sangat. Lepas check in and boarding naik jer flight aku terus terbongkan hahaha...letih yang mengila....
Overall of trip macam2 mana pun aku suka Melbourne...klu boleh nak datang lagi sini....


Perbelanjaan aku semasa kat sana:-

Flight
KL-MEL-KL                       rm 1476.00
Mel-syd-mel                  rm  589.68 (masa aku booking flight ni AA belum buat route to sydney lagi)

Accomodation
Mel(green house backparkers) Aud32 x 5 nights=Aud160@3.24=Rm518.40
Msian hall sydney AUD12x2 nights  =Aud24 
service charge    Aud 15.00

Transportation

Skybus (return) melbourne       Aud 28.00
Sydney Multi 1 Aud 61.60

Tours

Phillip Island, Great ocean road  Aud160.00
Puffing Billy AUD 41.00
Tesselaar Tulip Farm AUD 18.00


so total nya lebih kurang Aud 347.60@3.26=RM1133.18+RM1476+RM589.68=RM3198.86 tak termasuk makan,shopping dan charge AUD 500 untuk connecting flight yang salah. berbaloi kan.... :) teringin sangat nak pegi lgi..

1 comment:

  1. salam..boleh x kalo nk tgk itinerary for the whole 7 days dgn cost skali? xrex_87@yahoo.com

    ReplyDelete