Thursday, December 11, 2014

Overland...chiang rai, tachelik, mynmar dan chiang mai part 2

Hari ketujuh.

Mmg tak tunggu lama kami start untuk explore chiangrai.. mmg dalam perancangan pun untuk singgah kat sini dua malam. Masa sampai malam tadi kami mintak untuk diturunkan di area nite market. Dari pintu masuk nite market mmg boleh nampak sorang pompuan pakai tudung jual rotee pancake. Tersengih lebar semua org, kemaruk  nak makan sangat. Kat sini gak kita boleh nampak ramai orang malaysia...

Macam kami yang backpacking dengan budget yang sangat ciput ni, pilihan kami tetap 7elevan. Diorang ada jual vagetarian rice, seafood, roti...boleh panaskan dan sedia tuk dimakan. Tapi yang penting bagi aku harganya yang murah.  Dalam 45baht to 55baht jer. Duit pun dah tinggal ciput ni.

Untuk barang souvenier lak,  klu nak beli mmg murah...seluar semua murah dari luang prabang.
Ambil satu package untuk ke Mah fah garden, mae sa dan tribal village.
Tempat tempat ni mmg kena pegi. Disebabkan masa cuma satu hari kami cuma bayat ticket untuk botanic garden jer. Masa mmg x ckp.. bunganya x der lah cantik  sangat...jangan ingat macam bunga tulip korea tu yer...tapi arrangement dan udaranya segar. Di tribal village pulak more to komersial sekarang ni..ada macam2 kaum kat dalam. Tapi yang tetap jadi perhatian tentu lah puak karen. Gelang di leher tu yang mahal.... :)
Maesa...barang mmg murah sangat..jujur ckp kami mmg tak cukup masa disini sampai kena marah dengan driver lah..haha. Semua gara2 cross border ke tachilek myanmar. Crazy dump head....hahaha.
Maesa barangnya mmg murah. Batu permata ruby hanya berharga sekitar 350 baht jer...lebih kurang rm35... perghhhh. Cuci mata jer dengan hati yang membengkak... dekat dengan imigreen border ni juga ada seorang kakak yang menjual burger ramly....katanya semua barang dia ambik dari malaysia....datang dengan kontena...salute.
Tachilek, mynmar..thailand dengan mynmar hanya di pisahkan dengan satu jambatan pendek...sungai yang sempit...mengingatkan aku pada pengkalan gajah kelantan...haha.
Proses untuk ke myanmar mmg ckp senang..cuma cakap balik hari, visa berharga 500 baht..x sampai 15 minit tahu tahu dah sampai mynmar. Tapi selepas masuk ke sana, bila balik ke thailand kamu hanya ada 15hari saja untuk keluar dari thailand.
Selepas jambatan ada tangga jalan menuju ke pasar...kat sini ada semuanya...yang penting kena pandai tawar menawar kaw kaw... aku borong bedak yang dipakai oleh orang sini...tanaka, mengcuba cofeea mynmar, cuba makanan yang digoreng, cuba banyak benda.... hehe x dapat tahan nafsu shopping... tangkap beg yang harganya....susah nak percaya. Ni mmg balik kena makan maggi sebulan dan terlebih shopping.

Hari kelapan

Pagi pagi lagi kami dah bersiap untuk ke chiangmai dengan bas. Tiket dah beli dari semalam lagi. Area night market tu dekat belakangnya mmg ada bas station.
Perjalanan lebuh kurang 3jam setengah. Diorg bagi air dan biskut...tapi bas ni gak ada berhenti kat dua stesen yang berlainan sebelum sampai chiangmai.
Macam ilang arah jap bila sampai tak tahu nak menuju ke arah mana....mula mula ingatkan chiangmai city tu dekat dari stesen bas tapi hakikatnya..perghhh boleh kuar lah urat kaki...so naik tuk tuk lah apa lagi.
Mintak di turunkan di area night market. Lagi jadi kelam kabut bila di bagi tahu night market tu banyak kat chiangmai. Tak der booking kat mana2 so mmg berjalan mencari bilik. Nak dapat yang murah mmg sukar di hot spot area macam tu. Lepas 40 minit mundar mandir akhirnya dapat bilik di area belakang le meridien....belakang yer. Huk huk.
350baht tuk satu bilik...bolehlah..walaupun seram sikit sebab semua kolor itam..lampu pulak malap semacam...goshhh..rumah papan bunyinya kriut kriut...
Bestnya depan tu pub so bunyi musik yang kuat...meneutralkan perasaaan. Hahah. Ownernya mmg baik hati dan ramah...
Kononnya nak dok satu malam dan malam lain nak pegi ke tempat yang dibooking tapi lepas difikir2...dok situ jerlah..semua dekat.

Malam kami keluar berjalan ke nite market. Klu dari depan le meridien ke sebelah kiri dalam 10 minit, kat seberang jalan akan nampak hilal street...halal street. Kat situ ada 3 kedai makanan halal..harga dan rasa lebih kurang saja...ramai orang jual pancake, ada kebab halal kat simpang masuk...ada seafood, sticky rice, somtam dan macam2 kat nite market. Harga barang lebih mahal dari chiangrai.

Hari kesembilan
Berjalan terus ke lorong sebelah le meridien sampai jumpa satu jalan besar..kekanan dan terus sampai nampak sunday market...ni untuk hari ahad saja yer...
Barang kat sini lagi mahal dari barang di nite market. Dari sini klu melintas jalan dan jalan terus akan jumpa pasar diorang...klu nak datang dari le meridien tu ke kanan jalan terus sampai jumpa round about kecik...

Banyak benda sebenarnya boleh dibuat di chiangmai. Boleh ke tiger kingdom, zipline, 3d art muzuim, jungle tracking, elephant ride....but kami memilih santai..hangout jer...sebelum sambung perjalanan lagi

Hari kesembilan.

Tiba masa untuk berpisah. Kami bertiga akan bertolak ke lopburi drngan keretapapi, manakala seorang dari kami akan balik ke malaysia. Tiket train ni mmg kena beli kat kaunter. Train kul 5.30petang dan dijangka sampai ke lopburi kul 6.00 pagi.
Harga untuk tempat tido terlalu mahal..dalam 700++ baht so pilih jer tempat duduk kelas 2 dengan kipas...merempat sungguh ni...haha. sebelum naik train kami dah siap2 bungkus cheese nan untuk alas perut... ada satu kedai makan halal kat luar stesen..
Masuk kat koc train...not bad... senyum sendiri..baru terasa betapa majunya ktm kita...
Seatnya mcm seat bas yang x tahannya bau dari toilet yang ya ampun.
Masa nak turun asyik tanya org jer sb tak tahu...nasib baik tak terlepas.

Hari kesepuluh..

Sampai lop buri pepagi buta, sorang makcik datang tegur kita untuk ke sunflower farm. Selepas nego dapatlah dalam 230 baht sorang. X tahulah nak cakap macam mana tapi ladang matahatinya tepi tepi jalan jer..nak kira worth or not...rasa0nya klu dalam 150 sorang ok kot.
Sampai balik ke stesen train dalam kul 8.30 pagi dan dapat tiket ke bangkok dalam kul 9.20 pagi. Sampai bangkok lak kul 12 tghari.
Dilanda kelaparan sangat.. kat stesen hua lampong ni ada foodcourt dan ada sebuah kedai halal. Tapi cuba jangan ambik apa2 yang berkuah...pedas mintak nyawa. Last last beli nasi putih kosong. Klu tgk kat website tiket trainnya tak der lah mahal sangat tapi ya rabiii tiket sleeper ke hadyai 780++ baht. Di sebabkan tak cukup duit terpaksa lah ambik  yang mcm semalam. Kerusi tegak dengan kipas zaman japan....waaaa.

Bertolak dalam kul 3.10petang dan dijangka sampai hatyai dalam kul 7 pagi...perghhh. berhari hari naik train tuk sampai tanah malaya...lepas ni janqan ada sapa2 sebut pasal train lagi selama dua tahun....ada yang nak kena makan penampar kan.

Hari ke sebelas

Sampai jer kat stesen keretaapi hadyai badan dah gatal2. So cari shower room lah apa lagi. Hehe.
"Ulat ticket bersepah" sambil kata tiket dah abis dan suruh beli tix dari diorg....pegi tanya kaunter mmg betul dah abis..ikut kan jugak ulat tu. Yang best tu dia bawa kita betul betul kat depan railway station tu ada travel agency nak beli tix pas...nak di charge sampai rm250. Aduhai dik akak bukan kali pertama datang hatyai ni wei. Nak kelentong pun agak2lah... kami decide tak nak ambik biarpun di maki hamun hahah...lantak ko lah labu. Kita jalan sampai kat area supermarket sana. Banyak kedai muslim masuk salah satu travel agency sana dan beli tix rm45 jer.. haha. Lepas beli tix tumpangkan beg dan pegi makan.
Lepas makan cepat cepat ke bas yang tggu kat depan tu... sepatutnya sampai awal tapi tak tahu lah apa masallahnya, lepas pada border jer...bus stop satu tempat lama sangat. X kisahlah lah masa tu hati dah lompat lompat sebab balik malaysia... akhirnya.

Damage costing...
Chiangrai driver and car- 700baht
Enterence fee ke tribal village-300baht
Enterence fee ke mah fah garden-90baht
Visa ke mynmar-500baht
Bas dari chiangrai ke chiangmai -350baht
Tuk tuk ke train-150baht

Ticket train chiangmai-lopburi -386 baht
Lopburi - bangkok -28baht
Bangkok - hadyai - 535baht
Lopburi ke sunflower farm - 230baht
Bas dari hadyai- kl - 450 baht

Friday, December 5, 2014

Overland indochina...loas, vieatiane, luang prabang, pak beng..part 1

Arrived kat sini dalam 2jam setengah after flight, tukar usd ke kip kat airport pas tu cari sim card dekat kaunter telecom kecik. Sim card and top up cost around 60,000kip. Kuar aiport cari tuk tuk... cuaca masa ni kat vieatiane..panas yang amat melampau. Sangat2 berhabuk.
Terus ke sihome backparkers...tempatnya okay cuma mmg kena jalan jauh sikit untuk ke talat sao mall.
Makanan halal???....satu signboard halal pun tak nampak. Sihome pulak x der pantry, akibatnya kami curi curi masak kat dorm. Selamat masuk ke perut...haha
Hari pertama.. cari tuk tuk untuk day tour..120,000 kip tuk 4 org, cover  wat sisaket, wat (lupa nama haha) aku bukan history punya org,..talat sao mall, patouxay... and back to sihome.
Lepas masak, mkn, dan mandi...membuta sampai kemlm...
Bangkit jer terus ker nite market...jalan kaki jer dari sihome..terus..jumpa stesen minyak yg kat simpang tu,  jln terus sampai jumpa traffic light, belok kanan...jln terus toward to end
Near mekong river... kita org siap bawa bekal  picnic mlm kat situ....citernya nak mkn ikan kering kan bau satu dorm...mahu merempak lak mlm tu...his his...
Harga freeze magnet tang kecik boleh dapat dlm 4500 kip, yg besar 10,000 kip...kena bargain kaw kaw lah. satu air mineral kecik 3000kip yang besar 6000 kip..beli kat mart murah...

Hari kedua
Breakfast...bolehlah tuk mengalas perut. Pancake dan pisang, with cofeea. Mlm nanti ke luang prabang..masa banyak dihabiskan kat sihome jer,...cuaca kat luar mmg terlampau panas.
Kami sebenarnya mmg dah beli tix ke luang prabang dari hari pertama sampai, congak congak beli kat sihome jer...x yah pening siap dengan pickup ker stesen bas...
Bas nyer...sleeping bas single bed..dapat tingkat atas lena sampai pagi....so akak mmg x leh komen kata jln raya nya mengerikan sb x nampak...mlm kan. Bas pulak di bawa cukup berhemah...

Hari ketiga
Sampai pagi di stesen bas Bannaluang...cuaca sejuk mmg mengcekam sangat.. setelah selesai apa yg patut..kita cr tuk tuk untuk ke khammany inn...sampai, having coffea sebagai pengalas perut...dengan x mandi cuma sempat berus giginya kami start explore...berbekalkan sekeping kertas yg di beri oleh hostel...
Cuba untuk sewa basikal...tapi bila diminta meninggalkan passport...lupakan ajer. Hrga basikal dengan passport sama nilai ker....agak agaklah...
Dapat satu tuk tuk untuk ke kuangsi waterfall...honest man...
Kuangsi waterfall mmg cantik.... mkn  di kedai bawah berlaukkan ikan mekong...
Balik hotel dah petang sangat.,, mandi relax dan masak di bilik. Mlm  kami menuju ker night market....kat sini night market start pada pukul 5 petang..dan habis rlm kul 9.30. Balik dari night market berhenti di joma bakery. Try apple pai dan biskut chip, dua kali ke sini semata2 utk menikmati  cinamon roll tapi x der rezeki...ni kira starbuck loas lah....,Pada pukul 12 mlm curfew time start...

Hari keempat.
Bangun pagi melilau di lorong lorong belakang dengan chill weather yg mmm.... now i know why people luv luang prabang. Kat sini bandarnya mmg bersih. So many nice guesthse. Klu nak dekat dengan night markrt try lodge place, klu nak dekat dengan mekong river, try river side.
So many "mat salleh" menjadikan hrga brg disini bukan boleh di kategorikan sebagai murah. Apa yang best?? ...kraftangannya..dari design accesories...ke sulaman, lukisan, brg perak. First class.

Hari kelima
Kul 7 dah bergerak ke jeti untuk ke pak beng, selepas selesai urusan tiket kami ke bot yang menunggu.  Mmg sengaja beli tix kat jetty so boleh dpt hrg yang murah sikit...gamble jer. Main redah.mmg dari pagi lah dah siapkan makanan untuk bekalan dalam bot nanti. Perjalanan mengambil masa kira kira 8 jam.. kejung punggung dibuatnya.., banyak masa di habiskan tido, berborak...sampai pak beng almost kul 6 ptg...pekan kecik tanpa prmbangunan. Misi mencari guesthse yg murah..yg penting ada wifi...hehe..

Hari keenam
Perjlnan kami diteruskan lagi... meredah sungai mekong ke huay xay. Dijangka sampai dalam kul 6.00 ptg. Bergegas utk cross border... thai border mmg tutup kul 10.mlm..loas imi pulak katanya tutup kul 8 mlm.
Akhirnya kami selamat sampai ke chiangrai...perghh jlnnya macam apa tah. Tapi kami nasib baik  dpt share ngan satu group mat salleh. Satu van 10 org..250 bath sorang.

Budget perperson:

Tuk tuk dari airport: 10,000    kip
Guesthse vieatiane  : 40,000 kip (1nite)
Day tour                     :  30,000 kip
Sleeping bas ke luang prabang : 200,000 kip
Tuk tuk ke talat toa mall : 10,000kip
Tuk tuk ke kuangsi waterfall: 20,000kip
Entrancee fees                    : 20,000kip
Guesthse luang prabang : 175,000 (2 nite)
Tuk tuk ke jetty                   : 15,000kip
Bot ke pak beng                  : 110,000kip
Pak beng ke huay xay       : 110,000kip
Guesthse di pakbeng        :  35,0000kip
Tuk tuk ke imigresen         :  20,0000kip
Imi loas                                  :  10,0000 kip
Shuttle bas                            : 25 bath
Minivan ke chiangrai         : 250 bath( kongsi 10 orang baru dapat harga tu)

# satu botol air mineral kecik 3000 kip yang besar harganya 5000 kip



Saturday, January 11, 2014

HADYAI-PAK BARA-KOH LIPE-KOH LANTAU-KOH PHI PHI-PHUKET DEC 2013





Dah berabuk dan bersawang dah rasanya...yang paling aku takut aku ni pelupa sikit orang nya..haha.so klu ada sikit sikit lupa tu maafkan jer lah yer.. Trip ni rancangnyer dah lama, aku sebenarnya dengki aka jelous bila baca ramai kawan2 backparker buat trip overland...gigih. So dalam otak aku asyik nak cuba gak..hehe. Sebenarnya ni solo trip...sebelum lah aku jumpa orang yang nak itut...mmg tak kenal jumpa online kat MBC jer...pastu terus jalan. Hari nak bertolak baru kenal...alhamdulillah serasi bersama.. 

Beli ticket kat pudu sentral dan seumur idup aku ni kali kedua aku kesana, kaunter pertama aku singgah yang aku tak ingat nama apa, katanya tiket lum kuar lagi..suruh aku datang lain hari. Aku sedikit was was sebabnya apa dah check online katanya tiket dah start jual hari ni..Pindah ke kaunter lain...yapp dapat tic nyer. Alison Vip coach RM67, disuruh tunggu depan Ancasa Hotel, mencangak jugaklah aku cari kat mana Ancasa Hotel tu hehe...bila tiba hari yang ditunggu dengan hujan renyai2 tu kami redah jer, lepas mengisi perut terus ke depan Ancasa Hotel...basnya cukup selesa. Seat yang luas..aku cukup impress tertulis ada wifi dan ada macam tv or vi kat depan tempat duduk tu...tempat kaki pun selesa. Automatik adjust...ada selimut lagi. Aku mmg mintak bahagian bawah dan depan sekali so kita banyak ruang tuk letak beg tak yah letak kat ruang barang..snang sikit klu nak ambik apa apa. Siap ada plug tuk changer apa apa...Senyum lebar beb...malaysia dah maju rupanya...atau aku yang ketinggalan...
Kejap jer boleh senyum...wifi mmg tak berfungsi, tv depan seat pun hanya pameran, plug huhu...sama nasib....ohhh malaysiaku...apa2 pun aku puas hati sebab seat yang luas tuk badan aku yang comel ni..

Hari 1-Hadyai-Pak Bara-Kohlipe

Sampai border Malaysia-Thai dalam kul 4 pagi, sementara menunggu kaunter buka aku cari toilet..huhu nasib baik lum melepaskan hajat tak der air u... puas jugaklah aku ronda kawasan sekelilling. Siap pegi bercakap cakap dengan askar yang bertugas...member aku belum bangun...Selepas kaunter buka, process cop passport yang mengambil msa tak lama di kedua dua bahagian, bas mula bergerak ke hadyai...kami diturunkan dihadapan Alison Office..kami beli tic van+boat ke koh lipe wit them THB600. Berbaloi baloi...sementara menunggu kitaorang berjalan ke pasar Hadyai tuk breakfast, aku dah pernah kesana so tak lah susah sangat nak cari pasar tu..Cuma banyak kenangan yang nak dilupakan kat situ..sedih...

Pukul 9 kami bertolak ke Pak bara, 15minit sebelum kul 11 kami sampai Pak Bara. Masa ni sibuk usha tic or route nak ke Phi Phi island...pening jap..sebabnya kami ke sana tanpa itenerary, aci redah jer..cuma ada baca lak sikit2. Rupanya tic ker Phi phi klu dari Lipe tersangat lah mahal...mak oii...how lah wei..tawakal jer lah, apa apa pun pegi Koh Lipe dulu..nanti kita tengok apa yang jadi.. :) gila kentang ni namanya..yang member aku ni kejenyer setuju jer...sempoi. Kat Pak Bara ni macam tak der system sikit, aku main ikut jer orang ramai pegi ke arah mana, bila tanya tanya katanya speed boat tu delay..so tunggu lah. Tapi kena hati hati sebab kat sini tak ade pengumuman apa apa...last2 dapat gak kami board the boat...Speed boatnya besar dan laju. Aku biasalah konon2nya nak jadi titanic keke...ambik tempat depan speed boat...hasilnyer nak tercabut bontotku, so jangan sekali kali dok sana...worst. tak caya cubalah...

Lama gak perjalanannyer...bila nak sampai, kita dihantar ke satu platform ni kena bayar trf RM7 dan kita akan dihantar dengan long tail boat ke pantai. Teruja tul dapat sampai Lipe, dengan tak mandi dari pagi, dengan cacing lapar yang mintak makan dalam perut..sampai jer pantai ramai yang akan tanya nak kemana, just iqnore jer klu dah book hotel sebabya koh lipe tu bukan besar sangat...jalan kaki mana mana pun sampai. Jalan sikit nampak Bung Roon halal food...mmg ada baca pasal tempat ni. Terus tak pikir dah masuk jer terus order. Harga dia..mak oiii high high on the sky...masa nak bayar baru perasan..tapi mango shake dia terbaik doh...Borak2 sekejap dengan budak Bung Roon ni rupanya diorg pun ada sdiakan bilik...just walk in jer..harga mahal sikit mungkin sebab kat tepi laut kot..aku plak dah book ngan agooda ari tu..klu tak nak juga try bung roon ni...Gipsy 2 riverdell bunglow house....bunglow uolls...korang ade? pas tu ada peminat setia lah...john..siap main kejar2 gitu.hehe...nak tau apa citer dengan si john ni kena tunggu sambungan yer..tengok lah aku rajin petang nanti aku update lagi...
















Friday, September 20, 2013

Mabul yang indah...

Boarding lcct for 7am flight to tawau... Ohyeh.. Mabul here i come..tic to tawau yg kita dapat taklah terlalu murah dan tak terlalu mahal. Almost 3 hours in flight..dah kematu bontot baru sampai. Airportnya mmg kecik giler.. Siap kena tunjuk ic dan the best thing kita siap diberi resit.. Cuba baca resit tu . Boleh tinggal only 3 bulan jer di sabah... Huhu... Ni bkn part or malaysia ker.. Wtf.           Disebabkan oleh kami berlima so lagi untung klu ambik jer van.. Kami ambik package dari seahorse so semua diaorang uruskan.. Harga van tu 180 pergi jer so pegi balik bahagi ngan 5 kiralah sendiri... Perjalanan klu x silap dalam 1 jam 45 minit.    

Dlm pertengahan jln kita mmg berenti tuk beli buat, manggis rm7 sekilo, try durian lai.. Mcm buah durian tapi isinya lebih kuning, rasa lemak.. Sedap, walaupun yg lain kata sebaliknya.. Ahak.  Sampai di semporna waktu makan tengahari selesai urusan diopis.. Kita mkn kat kdi mkn bawah opis seahorse tu.. Sementara menunggu boat. Mknan dia.. Kima.. Sotong yg bulu... Ikan...boleh tahan lah.      
     
Bdk mintak sedekah pun ada kesian pulak tgk.. Kita berpecah ada yang pegi guardian, ada yg pegi bank. Mencari air kat kedai serbaneka sb katanya air tak der dan mahal kat sana... Beli dua kotak besar.. Menyesal x sudah lepas tu.. Klu dok seahorse air x payah beli.. Klu nak beli jer nescafe 3 in 1. Beli mknan ringan, suruh budak tu hantar terus kat jeti. Macam nak buka kedai runcit lah lagaknya.. Hehehe. Masa nak naik bot bdk yang angkat beg mintak duit.. Bagi 20 sebab beg banyak. Menyesal lak x pikul sendiri. Pikul sendiri... Hehe. Bot laju mmg laju sampai kerusi sebelah pun boleh tercabut.. Jadi bahan lawak lah sepanjang perjalanan. Kata orang Mabul tak der ombak tapi masa kami sampai ombaknya gila... Lama gak baru sampai.
Wow cantik gila airnya ... Terpegun macam nak terjun saat tu gak..  Sampai jer kami di sambut mesra... Hohoho now i can confirm Mabul olso have beach boys...most of them actually filipino. Hari pertama sampai terus pegi snorkelling dekat kapalai..semua org kata kapalai cantik.. But big dispointed bagi aku.. Aku cuma nampak coral yg tiada cahaya, flying fish .. That all. Waaaaa... Balik resort aku dah bising x puas hati, diaorg kata mungkin di sebab kan ribut hari sebelumnya so air pun tak cantik... Huhu.
Malam tu semah, salah seorg dive mAster kat sana ajak tgk live bank kat  borneo divers.. So kami ngan dua mat salleh dari france, dan dua kawan yang baru jumpa, diiringi oleh beach2 boys and semah .. Berjalanlah dalam semak samun menuju ke sana.. Kecoh sepanjang perjalanan... Berciter citer hantu di tgh malam, dalam semak samun... Horeylah sangat sampaikan sampah pun disangka hantu. Sampai sana hampA bayang life bank pun x nampak... So kita buat patry sendiri depan bilik.. MulalH seisi meroyan...:p sok aku bangun pagi sunrise dia cantik .. Gulp dok sorang sorang melayan hati sambil tggu bfast.. Kan best klu ada bfren kat sebelah. Hehe veragan sungguh.. Hari ni pegi snorkelling lagi dan kecewa lagi. On top of that kena pulak si obor obor... Adus.
Makanan.. Pagi pgi lagi tggu si bajau laut lalu jual ikan.. Ari ni nasib baik dapat beli ketam rm50. Banyak u.. Upah masak rm 20.  Indah betul idup kat Mabul ni laut cantik, sambil minum nescafe.. Sambil dengar lagu ( beach boy) nyanyi sambil veragan... Ramai gak yang dari resort lain datang ambik snorkelling trip kat sini.. Ada yang last last join kita... Jadi kawan.. Ada gak yang terlrpas ambik no phone .. Teruk aku kena sasau ngan budak2 lain sb x ambik no.. Korang ingat aku ni receptionist ke.. Alahai abg polis..haha. Kat belakang kampung ada resort cantik, masa tengah makan kat sana.. Satu couple mat salleh sibuk citer pasal kubur kat sini yang unik.. Petang tu gak aku ajak budak 2 pegi.. Mmg unik sangat kubur nya.
Masa aku pegi ada pula yang baru meninggal siap ada macam tanglung lagi kat situ.. Ngan org mengaji. Yap its muslim cemetary.. Tapi mcm tak proper lah lah ambik gambar masa tu... Kami teruskan perjalanan ke resort sambil ambik angin malam. Malam tu party lagi.. Mmg seronok klu dah ramai... Nasib baik beli jajan banyak.. Esokknya pegi snorkelling lagi kali ni x der lah mengecewakan sangat... Nampak turtle yang besar but teruk kena obor obor.. Waaa. Sehari sebelum hari last aku lepak jer kat depan chalet mcm sunbathing.. Kononya lah.. Haha. Kat sini gak best klu nak pegi dive.. Kawan yang dari france tu siap cakap dia nampak mcm2 termasuk baracuda... Wowo. Masa pegi ari tu kita ada bli sikit jajan dan alat tulis tuk budak2 kampung.. Masuk sana tuk bagi semua tu.. Mula2 keadaan terkawal lepas tu jadi kelam kabut di kerumum budak2 tu... Hampir terlodeh segala haha.. Kat dalam kampung tuk juga ada berapa kedai souvenier.. Ada satu kedai tu milik satu pakcik dari perak yang kawin dengan org sana.  Org kata yang indah tu pasti akan berakhirkan...
Masa balik lah yang cukup menyedihkan, tiada lagi laut yang indah, tiada lagi seafood yang sedap, tiada lagi sunrise dan sunset yang osem, dan tiada lagi beach boys yang manja... Oppps haha. Macam x nak balik jer... Sampai semporna kita dok satu malam sana.. Dekat floating hotel tu... Klu sapa2 nak pegi tak yah lah dok sana.. Rundown sangat tempatnya. Dok kat kat tempat lain. Banyak tempat lain, untuk backparkers pun banyak. Harga pun tak der lah mahal sangat.. Sana malam cepat sikit after dinner qku x follow diorg jln2,.. Aku gi cari klinik.. Dah tak tahan dah sengatan obor2 ni.. Semua klinik tutup awal sb semporna tu hanya pekan kecil nak tak nak kena lah ke hospital semporna.. Hospitalnya boleh tahan. Tukang bagi no.. Rumahnya itulah doc atau pmbantu perubatan yang cucuk aku. Balik bilik hotel pengsan sampai pagi.. Mmg dipesan ubat tu akan buat mengantuk tapi aku tak tahu sampai macam tu sekali.. Haha. Bangun early morning, semua masih berdengkur so aku kuar sorang2 berjalan2 ke bandarnya..
Aku ke pasar semporna.. Tgk kuih.. Tak ingat apa nama. Beli gak dua jenis tapi tak kena ngan selera sangat. Penat berjalan dok makan kat satu kdi..
Nasi dia dibungkus macam nasi tumpang tapi kolor kuning.. Bolehlah sedap gak.. On the balik hotel jumpa ngan kawan dari france tu diaorg nak teruskan perjalanan ke sandakan.. Aku masuk kedai souvenier kat floating resort tu.. Harga mmg boleh tahan, murah gak. Org semporna ni kebanyakannya filipino..mmg mudah mesra dan baik. Kita ambik van ke bandar tawau saja pusing market dan jalan jalan makan abc. Pas tu on the way ke airport kita singgah makan sup payau..
Kedai ni on the way ke airport dekat bulatan.. Sentiasa penuh. Sup payau tu sup rusa. Kita makan berlima baru kena dalam rm 70. Murah dan sedap di rekemen kan..finally sampai airport, aku siap mandi kat dalam toilet dia lagi.. Tak tahan sangat sb sengatan obor2 ni bila panas dia jadi sakit dan gatal semacam...sampai kl wit kenangan manis dan segatan obor2... Kena lagi sejarum kat klinik... Huhu. Walau apa pun mabul tetap indah di hati...

Saturday, June 22, 2013

Jojoba Spa

What i like most...hehe as a girl..girl? Confius jap haha...as a women apa lagi yg paling disukai klu tak shopping and spa. Selalu sangat try spa kat luar negara why not kali ni try kat kl lak. I try out the jojoba spa at times square.. Pertama kali melangkah masuk... Terletak bukan di shopping mall but di berjaya times square hotel.. Sebelah shopping mall jer.. Actually lebih tepat lagi ianya bersambung...arah east.. Tempatnya mmg sangat luas..but macam missing something... Apa yer? Mmmm entahlah yang pasti tak der bau spa... Hahaha.. Bagi yang selalu ker spa u know what i talking abt kan? Ruang yang terlalu luas di reception area buat u terfikir u masuk ke hotel ker atau ke spa. Lighting.. Cahaya yang terlalu terang, biasanya spa cozy dan light yang sedikit suram macam cahaya nak masuk tido tu... Sofa, they use bench kayu.. Its okay tapi klu campur ngan sofa rasanya lagi selesa...layanannya mmg first class.. But for scrub rasanya mmg x seberapa di rekmen or i to fussy... Hehe. They have superb in massaging mmg best giler dan badan pun rasa ringan jer. Diaorg punya package start dari 180++ ke atas..






Friday, June 7, 2013

Berjaya hill... Bukut tinggi

Lokasinya mmg tak jauh sangat dari kl. After kuar dari genting sempah smbik susur ker berjaya hill.. Tapi yang herannya kat situ dia x der tulis bukit tinggi. Tol rm 5. Masa pegi hari tu apa pun tak check... Malas... So mmg terimalah bahananya kan hehe..nak masuk ke kawasan tu dikenakan bayaran rm 12 dewasa, rm 5 tuk kanak2. Tempat pertama yg kami singgah... Japanese village...adusss yang amat...dari parking nak berjalan ke atas..klu yang bawa warga tua tu lupakan lah... Jauh gila. Taman dia ok boleh tahanlah tapi wow factor tu tak der yer... Kat atas cuma ada dua japaneae house dan diorg menyewakan baju jepun tuk ambik gambar, rm 20 sorang. Turun.. So tgk rumah spa... Nak kata mcm rumah tinggal pun ada...harga spa... Boleh terbeliak biji mata...haha. Kita meneruskan perjalanan ke colmar... Not much to expect... Tempatnya better than japanese village, ada performance dan deretan kedai. Tis place smaller than what i think.. Tempat ketiga animal farm kat bawah bukit ni.. Kat sini dewasa dan kanak2 kena bayar rm 3. But really enjoy it...