Sunday, February 10, 2013

Beijing...Harbin Jan 2013,


Perancangan yang agak lama dengan kawan kawan backparkers semua. Meeting pun dah klu tak silap sampai sekarang masuk 3 kali. "Ketua darjah" kita hari hari posted citer harbin dan info info berguna. Aku follow jer...Mmg diaorang selalu cakap pasal our iternary tapi aku macam blur tahap gaban lah pulak...maklumlah kesihatan mmg tak mengizinkan sesangat. Keje aku asyik kuar masuk klinik tukar ubat..tak pernah pernah aku macam ni...dus trip ni tinggal 2 minggu jer lagi. Harap2 kesihatan ku akan bertambah baik lah...amin. Persiapan..mmmm, tiket mmg dah lama beli, snow boot, baju sehelai dua, long john aku dah ader cuma yang tak dernyer jaket tebal jer..nak pinjam ngan ketua kelas. Tiket train ke Harbin pun dah beli. Snow boot tu aku beli kat universal travellers...puas cari, katanya air takan masuk dalam, kena tanya betul betul, biasalah kan Harbin tu cuaca pun in minutes. Tak mahal pun dalam RM129 jer. Baju lak aku beli kat uniqlo yang tebal sikit.Tak sampai RM100 pun untuk dua helai. sale time. Kawan2 kat dalam ni sorang pun aku tak kenal..sekarang dah kenal lah..itulah kuasa internet yoo..

Tinggal lebih kurang seminggu lagi tuk pegi, kesihatan aku makin bertambah baik, tapi lepas satu masallah satu masallah datang...aduss aku pening sangat...pening sesangat...aku hampir give up..tapi aku kuatkan semangat...orang kata klu satu benda tu di restui...lorong tuk menuju tu senang jer bila sampai time..cewah

18 Jan 2013

Kul 5 pagi dah bangun, berlari sana sini menyelesaikan urusan yang x selesai, lepas satu satu, pas tu bila time tiba cab lak x der....ari jumat der...semua satu malaya sembahyang.dari kul 12.30 sampai 2.30 lambat tul janji jumpa di central..semua settle bertolak ke LCCT..dok Mc donald jumpa 3 orang kawan lagi. Masa dah sampaiku pulak leka....sibuk membelek buku kat kdi buku....sik baik aku tak kena tinggal hehehe. Sampai sana dekat kul 1.30 pagi...kuar dari imigresen sibuk cari port nak tido, sementara menunggu pagi...





19 Jan 2013

Take airport express to Sanyuanqiao tambang 25yuan untuk airport exp. Kita ambik subway 2yuan untuk ke Liangmaqiao. Kat sini kawasan Embassy. Exit B untuk ke Malaysian Embassy..keluar dari stesen jalan terus sampai kat simpang jalan sebelah kiri...jauh gak lah kena menapak. Tumpang umah makcik kawan kat sini, lepas mandi makan (alhamdullilah rezeki) semua dah siap untuk keYashow Market...barang barang semua tinggalkan kat embassy, malam nanti kena catch train ke Harbin. Biasalah bila dah ramai, semua pun jadi slow sikit...Yang bestnya pasal subway ni mana mana nak pegi cuma 2yuan jer, interchange ke apa asalkan tak kuar exit. Lagi satu masuk jer stesen subway semua beg kena scan macam masuk airport lak.Yashow Market kena turun di Tuanjiehu Exit B sebelah kanan, jalan dalam 20 minit akan nampak uniqlo dan adidas besar sebelah tulah Yashow. Kat Yashow ni macam2 ada, harganya kenalah pandai tawar...atlease 70% less...bhagian bawah adalah bahagian kasut dan atas sekali pulak bahagian barangan electronic.Peniaga kat sini mmg kasar, bahasa diaorg aduss...suara lak kuat sangat...pandai pandailah nak tawar....key words...x suka jalan jer  klu diorg nak bagi diorag akan panggil balik hehe...
Next destination military museum....naper kitaorg pegi sini...sbnya masuk free....orng Malaysiakan suka benda2 free ni...Dari subway Tuanjiehu ke Guomao interchange line 1 ke Military Museum. Kuar jalan ke kanan....pas tu kita orang lost...main agak agak jer mana tempat tu...nampak bangunan cantik jer kitaorang agak kat situ..adoiii Rupanya Military Museum ni kat belakang stesen subway jer...dekat sngat. Apa yang kat dalam....mmmmm apa lagi klu tak kereta kebal, jet atau kapal terbang yang zaman jepun tu...klu ikut hati aku mmg aku tak pegi...tak minat tapi klu dh berjalan ramai2 kenalah ikut suara ramai.
Back to Embassy, ambik barang pas tu tahan teksi untuk ke Railway Stesen. Kitaorg ambik night train untuk ke harbin, Soft sleeper. Tak tahu mana nak masuk bila sampai sana, bercakap pulak macam ayam dan kambing, walaupun tiket Harbin ni dah beli dari awal still nak kena beratur tunjuk passport...orang pulak mmg ramai giler.  Melepak lah kitaorang menunggu train. Masa ni kitaorg dah buat macam umah sendiri dah, melepak kat tgh tgh jalan dlam stesen tu....haha. Ada kita kisah? Train dia....memang impress gila babas uolls...very the nice. Satu bilik ada 4 katil meja kat tgh....punya lah cantik, siap ada tempat duduk kat luar...siap ada tempat charge hp, air panas....mmg berbaloi sangat. Rasanya our KTM kena belajar dari diorg ni...pas tu pulak diorg mmg on time...sampai pun on time...




20 Jan 2013

Smpai Harbin...semua melompat suka...yeaaaay sampai jugak akhirnya. Lepas ambik gambar semua masa nak kuar dari stesen manusia punya lah ramai...siap polis kat situ tanya kitaorg dari mana....dengan bahasa ayam dan kambing kitaorg cakap, kita dari malaysia...siap diorg buka pintu lain untuk kita kuar.... :) kuar jer tak tahu nakpegi mana...terpingga pingga jap so we decide to masuk kfc dulu...dengan cuaca yang sejuk melampau...dengan jalan yang agak licin..dengan bahasa kambing yang kitaorg guna...mmg tak menolong sangat. Nyaris nyaris dipau oleh orang yang berlagak untuk menolong...nasib baik lah kita cepat sedar so we decide tu cari teksi...klu ada yang nak kesini perlu di ingatkan semua benda mesti ada tulisan cina sebab diorg takpaham tulisan english...nasib baik lah salah satu kawan kita ada alamat dan nama hostel dalam bahasa cina...teksi yang kami naik tak tahu mana nak tuju...takpaham...bising dia, kita pun tak tahu dia cakap apa, last last dia call hostel tu...fuhh lega. Diorg ni biarpun kasar tapi baik hati sebenarnya. kita bagi dia tips lebih sikit bukan main suka lagi...siap bagi kad nama dia lagi...ehehehe...Diorg kat sini badan besar2, hidung macung bukan macam apek...mungkin dah bersempadan dengan Russia...Hamsen gaklah.
Kazy hostel...kita menunggu hampir kul 11.30 tuk masuk bilik.



 Bangunan lama dengan decoration yang agak antik. Tiolet not so clean, reception area tu yang dijadikan sebagai community area..no kitchen tuk memasak, berbeza dengan backparkers hostel yang pernah aku duduk, bilik dia pulak duplex...but the best thingnya klu nak ke sini takyah lah beli boot or heatpad mmg da jual kat sini. Dan harganya mmg murah sesangat. Boot only cost about 75yuan, Heat pad 2yuan, Postcard 3yuan, stamp 4.50 yuan, penutup teliga dan mulut pun ada jual tapi lupa lak berapa harga. Kat depan hostel ni kat seberang jalan ada muslim bakery...diorang punya nuts choc mmg marbeles...ni mesti try.
Keluar dari Kazy jalan sebelah kiri selepas traffic light kira kira sepuluh langkah..(kaki yang pendek macam aku) kat bahagian bawah ada kdi makan muslim..klu nak kenal kedai muslim, diorang ada tanglung biru, sign board diorg pun biru dengan ada tulisan jawi" bismillahiramanirahim" Makanan kat kdi makan makcik ni mmg sedap...suara dia mmg kuat tapi baik hati sesangat..walaupun dengan bahasa isyarat dan applikasi bahasa yang didownloadkan dekat hp bolehlah kami menikmati makanan yang sedap. Tiap tiap hari kami kesini...nampakjer muka kami dia akan masak nasi....hehehe. Mee mee tak main macammana pun nak jugak makan nasi sejuk sejuk ni....tekak melayu u...







Ambik package dari Kazy untuk ke ice and snow festival. 300yuan termasuk transport. Bertolak dalam kul 5.30pm perjalanan mengambil masa selama 25 minit. kami cuma diberi masa selama dua jam jer kat dalam tu. Dua jam cukup ker detik hati aku....hehe. Bila sampai aku agak kecewa sebenarnya...sebab tak seperti yang digembar gemburkan. Aku agak parknya agak besar tapi sebenarnya sekakang kera jer..Dengan suhu yang agak sejuk -28c...dua jam dah lebih dari cukup.





 Puas bergambar, diorang ada sliding besar dan kecik, concert dan cafe...kerana dah tak tahan sangat so kitaorg masuk cafe minum kopi...sejuk weh...kuar dari sini bermulalah episod chotic dan havoc...one of our frenz lost the small beg yang berisi ubat dan passport. Pegi information cuba explain kan apa yang terjadi. Ibarat bercakap bahasa ayam dan kambing lagi...last last aku terpaksa tunjukkan passport aku untuk explain...baru diorg paham, pastu siap bagi aku mike untuk buat announcement. Aduss....bukan aku tak nak buat tapi klu bercakap dan dengar pun diorg tak paham bahasa english...ada ke org paham announcement aku nanti. Terpaksalah diaorg yang buatkan announce tu, kitaorg berlari ke bas untuk bawa kita org balik...sebabnya kat sana mmg susah dapat transport. Back to Kazy, diorang punya staff pandai cakai english so mintak tolong diaorg untuk bawakan ke balai polis yang berdekatan..diorang siap photostat kan passport dan visa yang ada dalam simpanan diorang. Thank you so much....






21 Jan 2013

Bangun pagi, have a malaysian bfast, roti berserta sambal ikan bilis goreng kacang, tuna dalam tin...lepas tu gerak ke Stalin Park. Dari Kazy kesebelah kiri sampi ke Penghujung Jalan. Stalin Park locate dekat Songhua Jiang river...sungai beku yang scenery memng marbeles....









Ada cable car, skating dan macam2 lagi. Bila sampai sana jalan to the right uolls semua akan jumpa entranceenya. Seberang jalan pulak ada beberapa shopping cmplex, jangan tak tahu shopping cmplex kat sini boleh tawar harga barangnya...Baju pun boleh tahan tapi dengan badan comel macam ni susah sikitlah sb diarg ni kurus kering...hehe. Balik makan kat kdi autie macam biasa....tapi bila kuar semua orang menjerit...its snowing...patutlah sejuknya lain macam dari pagi. Masa semua orang tengah melompat lompat suka ada satu autie ni dengan suara kuat suruh kitaorang seberang jalan...ikut jalan sana. Kita orang ikut jer. Rupa rupana kat situ lah Zhuang street, Dari Kazy melintas jalan masuk jerlah lorong mana2 pasti jumpa tempatnya















Di sini terdapat berbagai jenis cenderamata tapi semuanya dari Rusia, tak ada satu pun yang bertulis Harbin...waaaa. Balik hostel kaki dah rasa macam nak tercabut jer lepas rehat sekejab kuar lgi tuk kali terakhir...beli buah, kacang dan balik tido....sejuk. Esk dah nak balik Beijing terasa ralat sikit sebab tak sempat ke Sun Island....tak per tu tandanya nak datang lagi...

22 Jan 2013

Ambik teksi di pagi buta menuju ke Harbin West Railway Station, ni bukan stesen yang kita turun tapi stesen lain, jauh sikit...tapi pemandangan pagi yang cukup cantik..drebar tu siap slow down supaya kita boleh ambik gambar. Dia orang ni sebenarnya very freindly cuma kasar sesangat..suara pun kuat. macam bercakap ngan orang pekak jer. Lega sesangat bila kawan yang ilang passport tu boleh board the train with us. Kazy staff dah tolong tulis kan destination kita kat Beijing dalam chinese so senang lah kita bila sampai nanti..Train kali ini cuma tempat duduk tapi selesa gak. tido, makan dalam kul 6 kita orang sampai Beijing. Menunggu  teksi didepan Railway station, masa ini lah boleh nampak macam2 kerenah manusia....Beijing punya orang ni mmg terkenal dengan sikap pentingkan diri sendiri. Satu pasangan yang ada anak kecik terpaksa menunggu lama tuk dapat teksi, adus  kesian budak tu, aku pulak risau bila nampak budak tu tak bergerak gerak. Mati kejung sejuk sejuk ni...dussss..
Home hostel..agak jauh dan terpencil dari Subway....so aku mmg tak suggest kan klu ada yang nak dok sini, kecuali lah korang tak kisah nak jalan jauh. Pastu lak lorongnya macam scary klu jalan sorang malam2 tapi yang best yer kat lorong lorong situ ada kedai muslim food. Sempatlah try sate kambing kat Beijing..tapi kata diorg tak sesedap sate kambing kat Harbin....waaaa aku tak try yang kat Harbin. Pada yang akan pegi tolong try on behalf yer...


23 Jan 2013

Great Wall Project....
Ni yang ditunggu tunggu, orang kata klu ke negeri China tapi tak ke great wall mmg tak sah....take subway sampai xizimen, keluar dari situ ikut North Railway Station, After kuar straight boleh tengok stesen tu dan kaunter beli tiket kat dalam (6yuan one way) ke Bandaling Station. Bila sampai sana better check dulu bila train balik...:)
Sampai ke Bandaling...kebanyakan orang yang datang sini mmg nak pegi ke Great Wall so follow the flow jer lah. Jalan dalam 30 minutes akan nampak entrance ke Great wall ni...sebab kami pergi waktu pagi so tak lah ramai orang sangat masa ni.....merasalah bergambar puas puas...hehe. klu tak silap entrancee feesnya dalam 45yuan dah di beri dalam bentuk sekeping poskad..poskad ni lah yang aku pos bila turun dari great wall.(tak sampai lagi sampai sekaang) Berdekatan dengan entrancee tu ada post box....aku tak panjat sampai abis pun Great Wall tu...tak larat nak bawak badan comel ni..so mana yang aku daya jer lah. hehe....yang penting dah sampai.(nak menyedapkan ati sendiri tu)
Lepas tu kami ke Forbident City..tapi sayangnya tk dapat masuk, klu tak silap buka sampai kul 3 jer...so bergambarlah dari luar jer....kitaorang ada pergi ke satu street ni...but aku tak boleh recall nama tempatnya...just a street with all the store to shop..kami gak pegi silk market tapi disebabkan terlalu penat aku cuma lepak kat cafe hehhe










24 Jan 2013

Hari ni pagi pagi lagi dah menuju ke Bird Nest, naik subway turun di Olympic Sport Centre line 8. Siap bergambar semua kita orang bergerak ke hepingmen stesen...kononnya mencari tourist spot. Disini bermulanya episod sesat yang melampau hehehe..puas pusing sana sini..tak jumpa, tanya orang tu ni...still tak jumpa...entah mana2. Setelah kaki pun dah penat kita rehat makan, dan jalan ...last...huhu mmg berbaloi sangat ...Qianment street mmg cantik...siap ada tram lagi..ni tempat yang MESTI pegi klu korang pun nak pegi cina....bergambar sampai lupa diri sorang sorang hehehe...Sebenarnya klu korang nak kesini turun jer kat Qianmen stesen lagi dekat...dan the best thingsnya...kat seberang jalan dari stesen ni terletaknya Forbident City..ni yang kita orang tak tahu...klu tak dari semalam lagi dah datang...Take subway to Yashow buat kali terakhir, ada urusan yang tak selesai hehe....pas tu terus ke Embassy ambik saki baki barang, dapat makan nasi lemak, tima kacih untuk tuan rumah yang baik hati....dan terus ke airport...menunggu flight tuk balik. Masa nak check in semua, kat sini lah ternampak adengan2 biokrasi yang melampau...huhu.
Apa2 pun kenangan ke Beijing Harbin ni mmg best, dengan cuaca yang melampau...alhamdullialah semua selamat dan happy....














25 January 2013

Sampai ke tanah air tercinta dengan penuh rasa kasih...cewah. Biar di mana langit dijunjung....Malaysia tetap di hati. Masa mula2 balik rasa macam tak nak pegi China lagi tapi sekarang rasa rindu lak..sibuk mengintai tix murah ke Guilin ke Kunnimg ker...hehe. Sampai jumpa lagi...layazzzz






1 comment:

  1. hii..salam perkenalan...
    nak tanya brpe harga tiket train ke harbin?and brape jam perjalanan tu ye?

    ReplyDelete